Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 43 Kes Positif Jangkitan Baharu Dengan 15 Kes Warganegara Dan Satu Kematian Dicatatkan

Sebanyak 43 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 8,445 kes setakat Sabtu (13 Jun 2020), jam 12 tengahari.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1, 014 kes dan mereka telah diasingkan diberi rawatan di hospital.

Daripada 43 kes baharu dilaporkan, lima kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan empat warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

Baki 38 kes adalah penularan di dalam negara di mana 23 kes adalah bukan warganegara manakala 15 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.

Sehingga kini, seramai 4 kes positif jangkitan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala dukacita dimaklumkan, bahawa terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 120 kes atau 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber: Sidang Media KKM

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.