Siakap Keli

TERKINI: Kes Kematian Hari Ini Meninggal Dunia Di Rumah & Keputusan Ujian Saringan Covid-19 Adalah Positif

Pertambahan satu kes kematian yang dicatatkan pada hari ini dilaporkan telah meninggal dunia di rumah sebelum disahkan positif jangkitan Covid-19 melalui saringan yang dijalankan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mangsa yang merupakan kes ke-8403 telah meninggal dunia pada 12 Jun di rumahnya di Sabah.

Kata Dr Noor Hisham, saringan ujian Covid-19 yang dijalankan mendapati mangsa positif, namun punca jangkitan masih berada dalam siasatan.

”Kes kematian ke-120 iaitu kes ke-8403 merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 96 tahun. Beliau telah meninggal dunia pada 12 Jun 2020 di rumah beliau dan jenazah beliau dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah.

”Saringan ujian COVID-19 didapati positif. Punca jangkitan bagi kes ini masih dalam siasatan,” kata beliau.

Pertambahan satu lagi kes kematian tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 120 kes atau 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

LAPORAN LANJUT MENYUSUL

Sumber: Sidang Media KKM

Baca: (Video) TNB Gabungkan Tiga Iklan Raya, ‘Semangat Raya Epik Fantastik’ Imbau Kenangan Dengan Raya Cara Baharu

Dapatkan kelengkapan elakkan Covid 19 di SINI

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.