Siakap Keli

(Video) Selepas Hangat Isu Kelawar Dijadikan Makanan Di China, Kini Giliran Ratusan Kucing Pula Didakwa Bakal Terima Nasib Sama

Selepas kelawar dibunuh untuk dijadikan makanan eksotik, kini China masih tidak ‘serik’ lagi apabila ratusan ekor kucing pula ditangkap dan didakwa bakal menerima nasib sama.

Kira-kira 700 ekor kucing ditemui dikurung dalam sangkar dalam satu kejadian di Linfen, wilayah Shanxi, didakwa untuk dijadikan sebagai makanan.

Berdasarkan laporan media tempatan, kucing-kucing itu dipercayai dicuri dan penyeludup haiwan berkenaan merancang untuk menjualnya kepada restoran-restoran bagi disembelih, kata sumber, memetik laporan Daily Mail.

Visual menyayat hati itu dirakam oleh seorang pencinta haiwan, Li pada semalam dan memuat naiknya ke internet sebelum tular.

Ketika ditemui

Difahamkan, Li menemui kucing-kucing itu di kawasan belakang sebuah hotel bajet selepas dimaklumkan oleh seorang pekerja buruh yang bekerja di situ.

Individu itu mendakwa, kesemua kucing itu dibawa dari tempat yang berasingan, dikurung di situ sementara waktu sebelum diangkut ke tempat lain.

Akibat terkejut dengan situasi itu, turut terpacul dari bibirnya, “Ada beratus kucing di sini..beratus,”

“Mereka sedang menanti detik untuk disembelih untuk dijadikan makanan di atas meja. Tolonglah mereka,” katanya dalam video tersebut.

Penyelamat tiba tepat pada masanya

Bagaimanapun, usaha kejam itu tidak berjaya dilakukan apabila kucing-kucing malang itu sempat diselamatkan.

Sebuah pasukan penyelamat tempatan, Linfen Small Animal Rescue segera berkejar ke lokasi berkenaan pada Khamis terlihat perkongsian kiriman Li.

Pasukan itu memaklumkan pada pemberita bahawa 700 ekor kucing itu berjaya diselamatkan dan akan diuruskan oleh sukarelawan.

“Kami telah memindahkan mereka ke sangkar haiwan peliharaan, dan berikannya makanan serta minuman.

“Dalam masa sama, pihak veterinar juga memeriksa kondisi kesihatan mereka, jika ada yang cedera mahupun sakit,” kata jurucakap pasukan tersebut.

Pihak polis juga maklum akan kejadian itu dan turut serta bergegas ke lokasi untuk siasatan lanjut.

Sumber: Daily Mail

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.