Siakap Keli
Gambar: Shariful Fadzil

Cikgu Ini Ajar Cara Nak Tanam Kunyit, 2 Minggu Lebih Dah Boleh ‘Tuai’ Daun Kunyit Untuk Masak

Pasti ramai yang sudah tahu bahawa kunyit mempunyai banyak manfaat  kepada kita, bukan sahaja dijadikan sebagai bahan masakan bahkan kunyit juga mempunyai manfaatnya yang tersendiri untuk kesihatan dalaman kita.

Memandangkan kunyit mempunyai banyak manfaat, jadi tidak salah jika kita menanamnya di kawasan rumah. Di samping, itu kita juga boleh berjimat daripada membeli kunyit atau daunnya untuk memasak.

Aktivit menanam kunyit adalah sangat praktikal dilakukan. Bahkan jika kunyit yang ditanam telah matang, kita boleh menuai isinya semula.

Untuk mengetahui cara menanam kunyit yang berkesan, mari kita ikuti perkongsian dari Shariful Fadzli, setelah 2 minggu kunyit ditanam sudah mengeluarkan daun.

Ha, 2 minggu lebih tumbuh dah daun kunyit ni. Boleh la masak rendang nanti. Fuh jimat duit. Mahal tau orang jual daun kunyit ni.

Orang perempuan, suruh suami/anak/adik beradik korang tanam kunyit ni ha. Bukan susah dan lama pun nak tunggu macam durian kan.

Orang lelaki, korang tanam jelah. Senang je nak buat. For sure boleh menggembirakan hati ibu atau isteri korang. Paling tidak, dapat gembirakan hati sendiri pun jadilah!

Sebelum tu, selain buat rendang, daun kunyi ni nak buat apa? Haa, banyak boleh guna dalam masakan. Saya pun tak reti sangat, minta tolong chef tetap kat dalam rumah ni je decide . Cikgu Sho telan je. Hehe

Ok, step nak tanam kunyit, kena sediakan KUNYIT HIDUP. Jangan korang guna kunyit Adab ka, Faiza ke. Sampai kiamat tak tumbuh. Time beli cakap KUNYIT HIDUP ok.

Rujuk gambar untuk step tanam kunyit. Pada setiap gambar ada diskripsi. Baca ye.

Cikgu Sho
Suka Rendang Daging

Step 1

Ni rupa kunyit hidup. Belilah banyak mana korang nak tanam. Beli sikit sikit dah la, jangan buat panic buying plak!

Step 2

Cari tempat teduh sikit. Gali lubang. Jangan dalam sangat.

Step 3

 

Pastu korang masukkan kunyit dalam lubang tu, susun lah macam mana pun. Ikut kreativiti. Hehe.

Step 4

Kambus. Tanam dan kebumikan dia. Lepas tu jurus air tau.

Korang siram lah air. Paling kurang 2x sehari. Kalau ada baja, guna baja sikit. Jangan kerap sangat letak baja terutama baja ketul tu. selalunya dia akan ganggu pH tanah. Rosak nanti.

Baja apa nak guna,paling takde baja, korang guna jelah sisa-sisa makanan, air basuh beras pun layan. Kena jaga betul betul. Siput babi suka makan. Tengok dia dah makan sikit daun kunyit cikgu sho

Sumber : Shariful Fadzil

 

Nor Azilah