Siakap Keli

Individu Menganggur Termasuk Graduan & Lepasan Sekolah Boleh Daftar PenjanaKerjaya Sekarang

Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang akan bermula 15 Jun 2020 (Isnin) ini.

Program ini yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia bertujuan untuk mewujudkan peluang pekerjaan untuk individu yang menganggur dan kehilangan pekerjaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.

Individu yang masih menganggur termasuk graduan dan lepasan sekolah boleh mendaftar di portal myfuturejobs.gov.my. Garis panduan permohonan serta terma dan syarat yang dikeluarkan kepada majikan boleh diperolehi di laman web PERKESO hari ini.

Maklumat lanjut, boleh rujuk laman web PERKESO dan kenyataan media yang dilampirkan di bawah.

Sumber: Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)