Siakap Keli
Foto: Bernama

Kanak-Kanak Dikhuatiri Lemas Di Sungai Bakau Ditemui Meninggal Dunia Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang dihanyutkan arus selepas dipercayai jatuh ke dalam Sungai Bakau, Rawang ditemui sudah meninggal dunia pagi ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komsioner Arifai Tarawe berkata, mayat kanak-kanak Muhamad Shuail Fazli ditemui jam 8.57 pagi di Sungai Guntong berhampiran Tasik Puteri Kundong, lima kilometer dari lokasi kejadian.

“Mayat ditemui pihak bomba dan penyelamat di Sungai Guntong berhampiran Tasik Puteri Kundang di sini, dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut saksi, Muhamad Shuail yang bermain bersama abangnya di tebing sungai berkenaan dikatakan tergelincir sebelum dihanyutkan arus deras dalam kejadian pukul 3.30 petang itu berhampiran Apartmen Rajawali.

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.