Siakap Keli

PDRM Pantau Pesalah Trafik Dari Udara Sepanjang PKPP

Gambar: Bernama

Kuala Lumpur: Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan pemantauan melalui udara bagi mengesan individu yang melakukan kesalahan trafik dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Timbalan Komander (Operasi) PGU, SAC Noor Sham Md Jani berkata pemantauan itu membabitkan dua helikopter jenis AS355N dan AW139 dengan penerbangan dua kali sehari.

Menurutnya, helikopter jenis AS355N dilengkapi kamera canggih dikenali sebagai ‘wescam’ yang boleh mengenal pasti dan merekod nombor pendaftaran kenderaan yang didapati melanggar undang-undang dan peraturan jalan raya.

“Sejak PKPP dilaksanakan, kami sudah menjalankan pemantauan dari udara dan membantu Jabatan Penguatkuasaan Trafik untuk mengenal pasti pesalah trafik yang melanggar peraturan jalan raya termasuk mereka yang menggunakan laluan kecemasan.

Wescam ini dipasang untuk operasi sepanjang PKPP dan dengan adanya kamera canggih ini, ia akan terus dihantar secara langsung ke Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya bahawa pemantauan di udara diteruskan daripada  semasa ke semasa bukan sahaja untuk memantau keadaan trafik di semua lebuh raya utama negara, tetapi juga mengesan pesalah trafik.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.