Siakap Keli
Foto: Nurul Farizah Izzaty

Pernah Amalkan Diet Atkin, Turun 15kg Tanpa Senaman & Minum 6 Liter Air Sehari, Kini Berjaya Hilang 30kg

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap orang mengimpikan untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal. Namun, untuk turunkan berat badan secara konsisten bukan suatu perkara yang mudah untuk kita lakukan.

Ya, seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti pasti ada banyak kekangan yang berlaku termasuklah mengganggu untuk melakukan aktiviti harian.

Perkongsian menarik ini daripada seorang gadis yang dikenali sebagai Nurul Farizah Izzaty yang berkongsi pengalamannya sepanjang menurunkan berat badan sebanyak 30 kilogram tarik perhatian ramai di media sosial.

Selamat tinggal 10XL, ukuran pinggang dulu 64 inci berbeza dengan sekarang 46 inci. Ni bukan gambar tengah pregnant ye sebab saya belum kahwin.. Kita buat kita dapat okay. Jangan sesekali putus asa dalam diet ni.

“Reward paling bermakna, baru dapat merasa beli pakaian saiz XXL atau XL…”

 

Gadis ini sempat menceritakan pengalamannya tentang permulaan untuk menurunkan berat badan semasa SK menghubunginya pada hari ini.

Bermula terjebak untuk diet tahun 2017 join group diet turun 15 kg dalam satu bulan. Lepas tu terus Zaty kelaut tapi keinginanan untuk kurus masih ada sampai sekarang walaupun belum berjaya pakai M.

Baru merasa beli pakaian saiz XXL atau XL. Tak perlu cari butik plus size okay. Itulah reward yang bermakna bila kita dah kurus. Marilah kita teruskan usaha untuk kurus.

“Hanya ambil masa 5 bulan untuk turunkan 15 kg tanpa senaman”

Pada raya 2017.. Makcik saya mengajak saya untuk turunkan berat badan masa tu berat saya 140.8 kg. Saya follow mak cik saya join satu group diet atkin. Saya join satu bulan turun 15 kg tanpa exercise saya hanya fokuskan untuk minum 6 liter air sehari.

Sebabkan saya keja office minum air tak jadikan masalah. Raya haji berat saya 125 kg. Lepas pada tu macam-macam diet saya buat tapi tak konsisten hanya setakat maintain sahaja.

Biasalah bila dari kecik suka makan untuk kontrol itu susah. Diet IF pun saya pernah cuba. Sehingga laa tahun lepas saya cakap nak kurus bulan 11 berat saya 130 kg turun ke 110 kg pada bulan 3 2020 amik masa 5 bulan saya makan tengah hari ikut diet suku-suku separuh.

Bila rasa down mesti tengok balik gambar kejayaaan yang dulunyaa aku biarkan badan membesar macam mengandung…

“Sampai satu tahap saya menangis dalam toilet sebab ada orang tayang makanan kegemaran.”

Kat sini cuma saya nak tekankan.. Apa-apa diet yang kita buat. Jangan pernah putus asa walaupun ramai je cakap nampak sama jer.. Saya sampai ada satu tahap yang saya tengah diet orang tunjukkan makanan kegemaran saya siap tayang tunjuk sedap la. Menangiss dalam hati. Sebab saya tak nangis depan dia. Masukk je toilet nangis..

Bila seorang yang chubby dari kecik itu tak mudah untuk kawal nafsu makan. Dari kecik dah biasa makan yang sedap-sedap. Nak makan apa semua dapat.

Ni yang masa 5 bulan saya diet tapi banyak jugak cheat. Dari bulan 11 2019 – 03 2020. Masa PKP kat kampung sampai raya tak diet sangat tapi masih jaga pemakanan.

Sekarang berat yang paling akhir adalah 108.4kg. Walaupun berjaya turunkan 30kg tetapi masih jauh perjalanan untuk capai saiz M. 

 

Sumber: Nurul Farizah Izzaty

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang