Siakap Keli

Tiada Lagi Pemantauan Rumah Ke Rumah Ketika Sambutan Hari Raya Aidiladha – Ismail Sabri

Polis dan pasukan penguatkuasa yang lain termasuk RELA, APM, ATM dan sebagainya tidak akan mengadakan pemantauan rumah ke rumah pada hari raya Aidiladha seperti yang dilakukan sewaktu minggu pertama musim perayaan Aidilfitri lalu.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian di dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya sebentar tadi.

”Seperti kita tahu dulu sewaktu musim perayaan, hari pertama kedua ketiga dan seterusnya pihak polis dan team pematuhan pemantauan yang lain termasuk RELA, APM, ATM dan sebagainya masuk ke kampung-kampung, kawasan perumahan dan sebagainya untuk memeriksa dan memantau dari segi pematuhan.

”Ramai yang dikompaun di lapangan ketika itu juga tetapi waktu peringkat awal hari raya Aidilfitri dan sekarang ini, isu yang berkaitan dengan perayaan itu sudah tidak ada.

”Jadi, pihak polis saya percaya tidak lagi membuat pemantauan rumah ke rumah seperti sewaktu minggu pertama musim perayaan.

Jelas beliau, walaupun tiada lagi pemantauan daripada pihak polis, pematuhan kepada operasi prosedur standard (SOP) sewaktu perayaan kini terletak ke atas individu bagi melindungi keselamatan diri dan keluarga.

Baca: SOP Hari Raya Haji Kekal Untuk Raya Pertama Sahaja Dengan Jumlah 20 Orang Maksimum

Kata beliau, semua rakyat harus mengawal dan mendisiplinkan diri dan keluarga melalui kawalan kendiri.

”Walaupun tidak ada polis akan mengawal, untuk keselamatan diri, kitalah yang akan jaga diri dan keluarga kita sendiri.

”Paling penting di dalam PKPP ini sehinggalah tamat sekalipun, untuk meneruskan hidup kita mesti mengawal dan mendisiplinkan diri dan keluarga dengan kawalan kendiri,” kata beliau.

Ismail Sabri berkata demikian ketika mengulas soalan daripada pihak media berkenaan pemeriksaan dari rumah ke rumah oleh pihak polis pada hari raya Aidiladha yang akan datang bagi memantau aktiviti perayaan dan pematuhan SOP ziarah seperti hari raya Aidilfitri lalu.

Sumber: Sidang Media PKPP

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)