Siakap Keli
FOTO: AINUL ZEHRA

Transformasi Rumah Dalam Masa 5 Tahun, Dari Rumah Teres Biasa Jadi Nampak Mewah Seakan Banglo

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa yang tak tertawan dengan hiasan deco yang tampak mewah dan glamor dihiasi pula dengan perabot mewah memang menjadi pujaab hati ramai.

Mana tidaknya pemilik rumah ini mempunyai impian tersendiri yang menggambarkan cita rasa untuk suasana yang lebih eksklusif walaupun ruangan rumah yang kecil tidak menjadi masalah kepada pemiliknya.

SK berkongsi cerita bersama pemilik rumha cantik ini, Ainul Zehra dan pasanganya untuk mengubah suai rumah mereka seperti yang diidamkan selama 5 tahun yang lalu.

Rumah teres kos sederhana jenis ruang tamu memanjang. Saya share rumah saya 5 tahun lalu sehingga sekarang.

Sebenarnya banyak deco saya buat sebelum renovation, dah macam-macam warna saya cat. Setiap details saya story dekat gambar. Jemput tengok.

Happy deco happy sharing.

Ini rumah pertama saya. 5 tahun yang lalu, masa ni lepas kawen. Duduk rumah sewa seminggu lepastu dapat kunci duduk rumah ni.

Dapatkan semua dalam gambar di SINI

Abah saya suruh beli rumah sebelum kawen sebab dia nak kami anak-anak yang dah kawen duduk asing. Rumah teres kos sederhana. Takda tingkap cuma ada sliding door saja. Masa ni excited giler sebab duduk rumah sendiri. Tak sangka juga giler-giler mendeco masa ni.

Sofa tu mak bagi dah berusia 12 tahun sekarang. Almari tu saya beli sendiri masa sebelum kawen, hasil jual shawls. RM 600 je masa tu.. kayu solid.

Masa ni suami mula minat ikan. Sebelum kawen dia minat kumpoi cincin..
Lepas kawen jadi minat ikan. Sepanjang tempoh dia bela ikan sampai sekarang macam-macam peristiwa berlaku.

Dapatkan semua dalam gambar di SINI

Pernah rumah banjir sebab akuarium dia bocor. Banjir satu rumah. Saya dari marah sampai sekarang jadi terapi tengok ikan. Port landing tengok ikan.

Okey ni keadaan rumah saya masa tahun lepas. Masa ni bulan 3 start renovation. Tak sangka jugak loan lulus cepat dan saya pun tak plan nak apply loan masa ni cuma tergerak hati saja.

Tak sangka Allah permudahkan urusan saya. Tapi suami terkejut jugak sebab saya memang betul-betul nak pecahkan bilik pertama.


Saya kebuntuan idea untuk hias ruang tamu memanjang ni.. so saya nak jugak pecahkan bilik pertama saya. Tukang rumah pun risau juga sebab tak pernah lagi dia buat rumah kat taman tu ada yang pecah bilik.

Ramai cakap rugi sebab kurang bilik dari tiga bilik jadi dua bilik. Sebenarnya depa tak tau saya nak naik bilik baru depan bilik pertama yang saya pecahkan. Maknanya saya akan makan sebelah ruang porch kereta tapi takpa sebab nak sangat so tukang pun buat.

“Tengok rumah berdebu masa pecahkan bilik pertama saya mula rasa menyesal…”

Haaaa masa ni tengok rumah berdebu masa pecahkan bilik pertama saya mula rasa menyesal. Barang barang masa ni dah banyak dan semua letak di bilik nombor 2.

Walaupun dah ikat dan balut plastik sampah tapi still habuk masuk duduk atas plastik. Owh ya ambik masa 3 bulan juga nak siap renovation sebab saya extend dapur dan pindah bilik air jugak.

Sebelum buat rumah ni.. saya dan suami pergi minta kebenaran jiran jiran dan mohon maaf jika ada bunyi-bunyi yang tak dapat disembunyikan. Alhamdulillah jiran semua okey sebab depa pun guna tukang yang sama jugak untuk renovation rumah depa sebelum saya buat.

Okey nie dah nampak sikit dah rupa kan. Actually saya nak yang petak je tapi tukang rumah guna yang melengkung. So, saya pun taknak susahkan mereka saya terima jer.

Nampak tak tingkap kat ruang pink tu depan tu la saya nak naik bilik untuk ganti bilik yang saya pecahkan ni. Jadi sekarang dah nampak la rupa sikit ruang tamu saya ni bentuk L.

Okey ni part tukar pintu sliding kepada pintu idaman pulak. Saya taknak pintu sliding sebab kena buat langsir dan susah nak masuk perabut. Jadi, buat pintu ni jer. So, rumah saya ni zero tingkap.

Ada orang persoalkan tentang pengudaraan. Alhamdulillah rumah saya tak pernah bau yang tak sedap, hapak ke. Sebab saya memang tiap hari bukak pintu kecik di dapur dan pintu depan untuk proses pengudaraan.

Pencahayaan pun takda masalah sebab aluarium suami berlampu watt rendah. Ditambah dengan batu cahaya yang saya buat keliling pintu utama. Jadi, suasana nya redup dan romantik gituu kalau siang.

Memang teringin sangat nak tema ala-ala english style. Serba putih gitu.. tapi lain pulak jadinya sekarang.

Masa ni suami dah upgrade saiz akuarium dia, dia beli akuarium second hand jer.. dalam harga rm1k lebih kot.

Taraaa ni rumah saya yang paling latest, ambil gambar semalam. Alhamdulillah syukur sangat. Banyak barang pakai yang lama cuma tambah sikit sikit saja.. pelan pelan saving dan tambah item.

Lebih kurang tema santorini mewah la gituuu…

Dapatkan semua dalam gambar di SINI

Saya takmau dah cat dinding warna lain terutamanya warna gelap.. sebab rumah sebelum ni dah cat gelap dia naik kulat putih tu. Cantiknya sementara saja.. sebab saya ni malas nak lap dinding. Tapi tangan ni gatal jugak teringin nak cat satu part dinding warna biru.

Kalau yang rajin takpaaa.. teruskan.. sebab saya dulu frust sangat beli cat kemain mahal pun still naik kulat putih tu.. lagi satu saya nak dapatkan efek luas dan tenang.

Perabut ni warna biru sebab asben suka biru.. nak bagi dia seronok maka saya pun banyakkan biru. Letak gold sikit sikit sebab nak nampak efek mewah la kononnya. Lebih kurang tema santorini mewah la gituuu.

Okey ni ruangan menonton. Kalau perasan inilah bilik pertama yang saya pecahkan tu.

Dapatkan semua dalam gambar di SINI

Nampak pintu tu.. itulah pintu bilik yang saya baru naikkan tu.. mujur ada dinding tu sikit so lindung la pintu bilik.

Dapatkan semua dalam gambar di SINI

Cermin ni beli dekat eco jer.. cermin dari hiasan rumah sebelum renovation.. asalnya banyak tapi banyak naik kulat sebab simpan lama dan pecah sikit. Nie je yang tinggal. Wainscotting keseluruhan ruang tamu saya buat sendiri dengan suami tau.

Kalau upah orang mau dekat 10k.. sebab banyak dan keliling, tapi bila buat sendiri semua. Total habis dalam rm1.5k jer.

Actually tak adalah luas mana.. efek kamera jugak ni nampak ruang luas.

Dapatkan semua dalam gambar di SINI

Sudut ni asalnya nak buat mini surau.. tapi saya ejas sikit buat tempat solat dan mini library.

Tapi bukunya belum ada.. tengah kumpoi koleksi masih dalam proses upgrade sikit sikit. Ada duit jalan, takda duit saya duk diam dulu.

Wing chair ni beli kumpoi hasil tolong mak jual biskut raya. Berbaloi la cod merata.

Banyak gubahan, deco dalam rumah ni saya buat sendiri dengan suami. Dari segi, pasang wainscotting, buat badan akuarium dan sebagainya.. semuanya sdn bhd jer.


Akuarium tu jadi pemisah ruang.. kiranya divider la.. ianya berapa btl btl di pintu bilik kedua iaitu jadi bilik saya tidur sekarang. Bilik pertama saya buat bilik tetamu jer.. sapa datang rehat situlah.. ada aircond siap.. bilik saya kipass jer. Sebab anak belum ada rezeki lagi.. doakan yaa.

Almari ni ingat tak yang gambar pertama warna coklat tua tu.. saya cat semula warna silver. Dalam tu nak letak koleksi majalah atau buku buku..

Biru keliling cermin tu pun saya buat sendiri.. ambik kayu panjang letak span dan paku diamond. Pastu balut.

Walldecor atas cermin besar tu pun buat sendiriasa awai awai dulu guna bekas hantaran, pastu letak cermin eco atas tu.. boleh la dari takda. Lekat di cermin guna gam yang lekat wainscotting. Nampakkan akuarium sebagai pemisah ruang.

Yang bulat di dinding tu pinggan plastik tebai dekat mr diy. Satu rm8 lebih. Saya spray biru dan lekat guna gam wainscotting jugak.

Gambar permandangan tu dari karpet velvet.. saiz orang buat lapik kaki jer.. saya lekat di dinding dan buat frame.. tiru gaya mak kita dulu lekat karpet kat dinding.

Ruangan dapur

Okey ni ruangan dapur saya dulu-dulu.. guna bilik nom tiga.. sebab dapur asal betul betul depan toilet. Nak berak pun tak senang kan. Tapi susah jugak la nak memasak sebab singki kat luar bilik.. sabar je la

Ni ruangan belakang rumah saya yang saya extend untuk buat dapur dan pindah bilik air lama ke ruang belakang nie. Bilik air lama pecah habis buat ruang makan.

Nampak tak dalam rumah yang ada deco kat dinding tu.. tula tempat saya memasang impian.. jamban.

Okey ni bilik air yang baru saya pindahkan ke ruang belakang. Sebelah dapur. Ramai tanya pasaipa asing jamban dan bilik mandi.. ya saya asing sebab tak senang yer tengah mandi orang lain nak berak. 

Jadi, buat pintu asing mudah. Kecik je tapi alhamdulillah muat je dengan situasi rumah kos sederhana ni. Masa ni pilih tiles nak ala ala hotel gituuu.. sedondon dengan lantai dapur.

Taraaa nilaa ruang dapur yang saya extend tu.

Sebelah ruang dapur tu ruang makan yang dulu tempat tandas lama. Boleh la walaupun kecik cukuplah saya pun bukan ramai berdua je dulu sekarang..

Ruang makan tak upgrade lagi.. nak pasang wainscotting jugak.. tapi sekarang ni kan orang tengah viral pasang.. asyik habis je wainscotting tu. Lagi satu duit pun tak berkepok lagi duk diam-diam jela dulu.

Ada orang tanya dapur takda tingkap ke.. yaa takda tingkap sebab nak jimat ruang kabinet.

Haaa nampak tak pintu belakang ada tingkap kecik.. setiap hari saya bukak untuk pengudaraan.. alhamdulillah rumah saya ni klu ada lalat pun dia lalu ja.

Pencahayaan tu gelap sikit tapi takpala setakat nak masak sikit sikit tu saya bukak satu lampu atau pakai cahaya tingkap pintu ni ja.

 

Sumber: Ainul Zehra

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang