Siakap Keli

(Video) Tular Katanya ‘Yu Paus’ Sesat Masuk Rumah Waktu Banjir, Rupanya Ini Cerita Sebenar

Baru-baru ini, tular di laman Twitter, sebuah video yang memaparkan kononnya seekor ikan yu paus yang ‘terperangkap’ di dalam rumah penduduk di Gorontalo, Sulawesi, Indonesia akibat banjir.

Video yang berdurasi 11 saat itu dikongsi oleh pemilik akaun dengan nama EckoShowGtown hingga meraih 1.2 juta tontonan hanya dalam tempoh 48 jam dimuat naik.

Di dalam video berkenaan, kononnya ikan yu paus itu dilihat berada di dalam air yang cetek di kawasan rumah sambil diarakam oleh sebilangan penduduk di situ.

Gorontalo banjir, hiu paus muncul

Video yang mendapat perhatian ramai warganet itu dibanjiri dengan sebilangan komen netizen yang merasa ‘seram’ akan pertemuan aneh tersebut.

Namun, rata-ratanya menyangkal dakwaan penemuan ikan yu paus tersebut yang dikatakan sebagai palsu berdasarkan posisi badan haiwan itu yang tidak bergerak.

Menerusi ruangan komen, seorang netizen tampil mendedahkan perkara sebenar dengan memberikan rakaman sebenar selama 16 saat yang menunjukkan ikan yu paus yang dimaksudkan adalah hanya replika bot mainan di kampung tersebut.

”Aku ingatkan betul, patutlah mata ikan ni mencurigakan,” tulis seorang seorang individu di ruangan komen.

Baca: Syurga Makanan Di Hujung Jari, Grab Tawar 900 Restoran Untuk Korang Pilih

Sumber: @EckoShowGtown

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.