Siakap Keli
Kredit: Google

4 Perkara Kena Ambil Kira Masa Nak ‘Deco’ Bilik, Ruang Yang Sempit Boleh Nampak ‘Luas’

Siapa sahaja yang tak mahu bilik yang luas dan kemas. Bagi anda yang memiliki bilik kecil, pasti terfikir bagaimana ingin menyusun atur perabot dan menghias bilik agar ia kelihatan lebih luas. Kalau tersilap susun, silap hari bulan makin sempit dan semak jadinya.

Sebagai salah satu ruangan terpenting dalam rumah, dekorasi bilik tidur memainkan peranan dalam menentukan mood seseorang. Bila bilik kemas, bersih dan selesa, hati pun gembira. Jadi, tanpa membuang masa, jom kita baca tips menghias bilik tidur agar kelihatan lebih luas oleh saudari Ezza Zaidi.

1. Guna warna lembut

Warna merupakan asas pertama dalam menghias bilik. Pilih warna yang lembut seperti pastel untuk memberi impak cerah dan luas pada bilik anda.

Cat boleh dibeli di Shopee dan LAZADA.

2. Pilih perabot pelbagai fungsi

Bukan sahaja anda lebih bijak berbelanja, bilik anda juga akan menjadi lebih kemas dengan perabot pelbagai fungsi. Anda boleh menjimatkan banyak ruang dengan satu perabot.

Pilihan perabot boleh dibeli di Shopee dan LAZADA.

3. Cermin

Cermin merupakan salah satu komponen penting yang sering digunakan untuk memberi gambaran lebih luas kepada sesuatu ruangan. Letakkan satu cermin besar pada dinding, anda pasti akan kagum dengan perubahan bilik anda.

Cermin boleh dibeli di Shopee dan LAZADA.

4. Pencahayaan

Bagi bilik yang tidak mendapat pencahayaan terus dari matahari, anda boleh gunakan lampu hiasan untuk menerangi bilik anda. Sebaiknya, gunakan lampu yang tergantung agar lebih menjimatkan ruang.

Lampu hiasan boleh dibeli di Shopee dan LAZADA.

Selamat mencuba.

Sumber: Ezza Zaidi, YLighting

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.