Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

44 Kontak Rapat Pelajar Mesir Di Kelantan Negatif Covid-19, Perlu Jalani Kuarantin

KOTA BHARU, 15 Jun (Bernama) — Seramai 44 orang kontak rapat dengan empat pelajar dari Mesir yang positif COVID-19, disahkan negatif selepas ujian saringan dilakukan.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata kesemua mereka perlu menjalani proses kuarantin sebagaimana biasa.

Beliau berkata kesemua mereka itu adalah saudara mara dan kenalan pelajar berkenaan.

Jelasnya, kesemua mereka itu perlu menjalani kuarantin selama dua minggu di kediaman masing-masing walaupun ujian awal didapati negatif.

“Setakat ini kesemua kontak rapat kepada empat pelajar berkenaan sudah dikesan.

“Buat masa ini empat pelajar itu masih menjalani rawatan di Hospital Tumpat dan mereka tidak bergejala sebagaimana pesakit lain,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas di Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Dr Zaini berkata, empat pelajar berkenaan kini dalam keadaan stabil dan akan dipantau selama dua minggu di hospital.

Bagi kes mereka, pihak KKM sudah membuat saringan di lapangan terbang sebaik tiba di Malaysia namun disahkan negatif.

“Bagaimanapun, ujian saringan kali kedua menunjukkan mereka positif sebelum empat pelajar berkenaan dihantar ke Hospital Tumpat,” jelasnya.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story