Siakap Keli
tadika taska pra sekolah operasi pkpp
Kredit: Google/Bernama

Cadangan Tadika, Taska Dan Pra Sekolah Dibuka Bermula 1 Julai Mengikut SOP- Ismail Sabri

Putrajaya, 15 Jun- Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Dr Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan tarikh pembukaan semula taska, tadika dan pra sekolah ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.

Menurut BERNAMA, dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebentar tadi, beliau berkata, pra sekolah, tadika dan taska dicadangkan beroperasi bermula 1 Julai 2020.

“Mengenai pembukaan serta prosedur operasi standard (SOP) pra sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, tadika di bawah Kementerian Perpaduan Negara, tadika perpaduan serta tadika kemas di bawah Kementerian Luar Bandar.

“Kita telah menerima dan bersetuju dengan SOP dibentangkan dan cadangan prasekolah dan tadika dibuka pada 1 Julai 2020.”

Perincian akan diumumkan oleh kementerian pelajaran sendiri dalam waktu terdekat ini, katanya. SOP tersebut bakal berkisar mengenai tatacara sebelum kemasukan pelajar, sewaktu pembelajaran, waktu makan, cara bermain dan ketika mereka pulang.

Tambahnya, jumlah tadika yang terlibat adalah 6,216 pra sekolah, 7,887 tadika swasta, 8,530 tadika kemas dan 1,781 tadika perpaduan.

Ucapan mengenai pembukaan semula tadika, taska dan pra sekolah boleh didengar semula pada minit 15.40.

 

Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.