Gambar: BERNAMA

COVID-19: KKM Kenal Pasti Kluster Baharu Iaitu Kluster Rumah Penjagaan Warga Emas Di Kuala Selangor

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu yang telah dikenalpasti iaitu Kluster Rumah Penjagaan Warga Emas Kuala Selangor.

Menurut Datuk Dr Noor Hisham, tiga orang telah disahkan positif di dalam kluster tersebut.

“Kluster ini dikenalpasti apabila terdapat kes ketiga di kalangan penghuni rumah penjagaan warga emas di Kuala Selangor, sehingga kini terdapat tiga kes positif bagi pusat penjagaan warga emas ini.

“Dua kes telah didapati positif Covid-19 pada 17 Mei 2020 hasil daripada saringan pusat penjagaan warga emas, pada ketika ini seramai 12 kakitangan dan 26 penghuni tersebut telah disaring, keputusan kesemua kakitangan dan 24 penghuni adalah negatif,” katanya.

Pengesanan kes secara aktif sedang dijalankan dan langkah pencegahan turut diambil termasuk nyah cemar dan nyah kuman.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday, June 15, 2020

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Dapatkan kelengkapan elakkan Covid 19 di SINI

Sofea Shahira

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Dari Wiser.my