Siakap Keli

Kantoi, Pasangan Warga Thailand & Malaysia Baru ‘Bertatih’ Jadi Tokan Dadah Dicekup Polis

Baru setahun jagung, sudah pandai buat onar.

Usaha sepasang kekasih Siam & Melayu untuk memulakan ‘karier’ sebagai tokan dadah di sekitar Langkawi gagal selepas tindakan mereka berjaya dihidu pihak berkuasa.

Menurut satu kenyataan di halaman Facebook Polis Langkawi, pasangan tersebut ditahan pada 14 Jun (semalam), sekitar pukul 10.47 pagi selepas didapati kelihatan mencurigakan di tepi jalan kawasan perumahan Taman Dahlia, Mukim Kuah, Langkawi.

“Suspek lelaki yang merupakan warganegara Thailand beserta teman wanitanya perempuan Melayu dikatakan baru berjinak-jinak menjadi pengedar dadah di Langkawi.

“Hasil tangkapan tersebut berjaya menemukan satu (1) paket plastik lut sinar, di dalamnya mengandungi bahan disyaki dadah jenis Heroin (dengan) anggaran berat 21.45 gram,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Difahamkan, kedua-dua suspek tersebut ditangkap di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 195 dan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Sejumlah barang milik pasangan terbabit yang dirampas pihak berkuasa. Foto: FB Polis Langkawi

Sumber: Polis Langkawi

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.