Siakap Keli

Kisah ‘Supermom’ Berjaya Pecah Kutipan Rekod Pingat Emas Usain Bolt Di Usia 32 Tahun

Siapa kata wanita tidak kuat. Shelly Ann Fraser Pryce merupakan salah seorang wanita yang berjaya membuktikan mereka lebih kuat setanding lelaki.

Shelly merupakan seorang ratu pecut Jamaica yang berjaya memecahkan rekod pingat emas Usai Bolt. Wanita ini berjaya dalam merangkul pingat emas semasa Kejohanan Olahraga Dunia di Doha 2019. Merupakan kejuaraannya yang pertama selepas berehat lama.

Shelly Ann yang berusia 32 tahun baru sahaja melahirkan anak pertamanya semasa berjaya melalakukan pecutan larian 100 meter dalam 10.71 saat. Dia melakar sejarah sebagai wanita tertua yang pernah memenangi gelaran tersebut.

Kemenangannya ini sangat istimewa kerana kehadiran anak lelakinya  yang berusia 2 tahun di trek larian stadium Khalifa, Doha. Shelly merupakan ibu pertama yang dinobatkan juara dunia 100 m selepas melahirkan anak dalam 24 tahun.

“Ia merupakan momen yang luar biasa. Berdiri disini sebagai juara selepas melahirkan bayi . Saya sangat gembira.” kata Shelly.

Satu dunia mengetahui Usain Bolt menguasai dunia pecut, namun dengan hadir Shelly sebagai pesaing baru menunjukkan kepada dunia bahawa wanita tidak pernah berada jauh di belakang.

Kemenangan yang diraikan oleh seluruh dunia ini hasil latihan dan pengalaman Shelly selama bertahun-tahun. Melengkapkan pecutan dengan ‘trademark’ tersendiri membuktikan kesungguhannya untuk mengekalkan pingat yang pernah dimenanginya pada tahun 2009, 2013, dan 2015.

Dalam catatan Instagramnya, dia berkongis cabaran yang membuatkannya hampir menyerah kalah. Tetapi kerana dorongan orang sekitarnya dia bangkit. Shelly berharap dapat memberi inspirasi yang sama kepada lebih ramai wanita untuk mencapai impian mereka.

Shelly berjaya mencipta rekod baru dunia ini berjaya memberi inspirasi kepada semua wanita untuk terus bersemangat. Wanita ini merupakan contoh terbaik untuk semua ‘supermom’ terus mengejar cita-cita dalam apa jua bidang dan tunjukkan kepada dunia kekuatan sebenar wanita.

Sumber: nmamilife scoopwhoop 

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.