Sebuah pesawat pejuang Amerika syarikat US F-15 telah terhempas di Laut Utara hari ini, lapor The Sun.
Tentera Udara AS mengesahkan bahawa pesawat F-15C Eagle itu telah terhempas sekitar jam 9.40 pagi (waktu tempatan).
“Pesawat itu berasal dari Fighter Wing ke-48, RAF Lakenheath, United Kingdom. Semasa kejadian, pesawat itu berada dalam misi latihan rutin dengan seorang juruterbang di dalamnya.
“Punca kemalangan serta status juruterbang tidak diketahui pada masa ini dan UK Search and Rescue telah dipanggil untuk membantu,” kata kenyataan dari Tentera Udara AS.
Sumber: The Sun