Siakap Keli

TERKINI: Semua Masjid, Surau Di Wilayah Persekutuan Dibenarkan Beroperasi Seperti Biasa, Tetapi Mengikut SOP Ditetapkan

Semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenarkan semula beroperasi seperti biasa, umum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, keputusan tersebut dipersetujui atas sebab pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditunjukkan oleh pihak jawatankuasa masjid dan para jemaah.

“Oleh kerana pematuhan begitu baik, maka hari ini kita bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan untuk beroperasi seperti biasa.

“Bagaimanapun, SOP nya tetap sama, iaitu satu pertiga daripada jumlah kapasiti sebenar jumlah sebelum ini,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Mengimbas kembali, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini hanya menghadkan pembukaan masjid dan surau di kawasan terpilih sahaja.

Bagaimanapun, masjid dan surau di kawasan zon merah adalah dikecualikan daripada kebenaran tersebut.

Tambahnya, keputusan tersebut hanya dikhususkan untuk Wilayah Persekutuan sahaja dan negeri-negeri lain tetap tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada durasi ke 11.30.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.