Siakap Keli
sungai rambai
Kredit: CJ Fen/Anthraxxxx/Pemilik asal

(Video) Macam Maldives, Tular Kejernihan Sungai Rambai Di Melaka ‘Pukau’ Perhatian Netizen

Kalau diberi peluang ke Maldives, pasti ramai teruja untuk ke sana. Tapi tahukah anda, di Malaysia juga ada tempat yang indah setanding tempat pelancongan di luar negara

Di Sungai Rambai, Melaka misalnya, dilaporkan pengunjung dapat menikmati kejernihan air sungai yang kehijauan hingga nampak ke dasar.

Terletak berhampiran Muar, ia mempunyai pusat rekreasi yang dilengkapi kemudahan seperti taman permainan, pentas rakyat, gerai, lanskap dan trek berjalan kaki.

Pasti seronok berjalan santai sambil ditemani keindahan alam.

Sangat mengasyikkan!

Teruja lihat air, jangan pula terjun ya. Sebab ia turut dikenali sebagai habitat buaya.

“Jangan disangka air yang tenang tiada buaya”

Malah, seorang pengguna Facebook pernah berkongsi rakaman buaya di dalam air jernih dipercayai di sana.

Sumber: CJ Fen, Toon Seri Anthraxxxx, Abdul Ghafar, Majlis Perbandaran Jasin

Amira

Love yourself.