Siakap Keli

(Video) Rakaman Pemandu Hentikan Bas, Selamatkan Warga Emas Bergelut Dengan Individu Dipercayai Peragut

Seorang pemandu bas di Miskolc, Hungary berjaya mematahkan satu cubaan ragut ke atas seorang warga emas ketika sedang menjalankan tugas.

Menurut Daily Mail, ketika Károly Zsolt Kis sedang memandu melepasi pasar Újgyőr, dia ternampak seorang wanita warga emas yang bertongkat sedang bergelut dengan seorang lelaki yang didakwa sebagai peragut.

Kejadian yang berjaya dirakam oleh kamera pengawasan bas itu memaparkan pemandu bas tersebut memberhentikan bas yang dipandunya dan seterusnya meluru keluar ke arah wanita terbabit untuk membantunya.

Károly, yang juga merupakan seorang bekas tentera yang pernah berkhidmat di Iraq kemudiannya berlari menuju ke arah mereka berdua dan telah bertindak menolak peragut tersebut.

Pemandu bas itu kemudiannya bertindak melindungi wanita tersebut daripada peragut itu sehingga peragut terbabit melarikan diri.

Dia kemudiannya telah pergi untuk mencari peragut itu di sebalik pokok-pokok yang berada di tepi jalan tersebut, pun begitu peragut itu telah melarikan diri.

Wanita warga emas itu kemudiannya telah menaiki bas tersebut dan meneruskan perjalanannya.

Pihak polis dilaporkan telah mengenal pasti dan menangkap seorang lelaki berusia 27 tahun yang disyaki sebagai suspek selepas insiden itu terjadi tidak lama kemudian pada 5 Jun.

Wanita warga emas itu walau bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan namun berasa terkejut dengan kejadian yang menimpa dirinya itu, menurut laporan tempatan.

Sumber: Daily Mail

 

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa