3 Askar India Dilapor Maut Bertempur Dengan Askar China Di Sempadan India-China

Sekurang-kurangnya seorang pegawai dan 2 anggota Tentera India dilaporkan terkorban dipercayai bertempur dengan Tentera China dalam pertembungan di kawasan tegang, Lembah Galwan yang terletak di sempadan kedua-dua buah negara tersebut, semalam (waktu tempatan).

”Ketika kedua-dua negara sedang berunding untuk mengurangkan ketegangan di Lembah Galwan, malangnya keganasan telah meletus semalam di kawasan ini dan menyebabkan kedua-dua pihak menanggung kerugian,” menurut satu kenyataan yang diterbitkan oleh Tentera India.

”Kami kehilangan seorang pegawai dan dua anggota tentera. Ketika ini, kedua-dua pihak sedang berunding di sempadan untuk meredakan situasi,” kata kenyataan itu lagi.

Ketegangan di kawasan sempadan dua negara tersebut mula tercetus sejak awal bulan lalu. Malah, angkatan tentera yang besar dengan pelbagai kelengkapan persediaan perang turut digerakkan oleh kedua-dua pihak ke kawasan berkenaan disepanjang Line of Actual Control (LAC).

Kali terakhir pertempuaran kedua-dua pihak hingga meragut nyawa berlaku pada 1975, dimana Tentera China dilapor telah membuat serangan hendap terhadap Tentera India di LAC di Arunachal Pradesh.

Sumber: Indian Express

Denin

Menulis untuk mendidik.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Dari Wiser.my