Siakap Keli

(Gambar) Ratusan Badak Air ‘Berhimpit’ Dalam Kolam Lumpur Ketika Musim Panas

Tular gambar  memperlihatkan mamalia bertubuh besar memanfaatkan kolam kecil di dataran Tanzania yang kering kerana tidak mengalami hujan. Ratusan badak air berkenaan telah berhimpit antara satu sama lain untuk berendam dengan kepala mereka menghadap ke tengah.

Amateur photographer Martin Sanchez captured the images while on safari in the country's Arusha region, just 71 miles from Mount Kilimanjaro

Seorang jurugambar telah merakam gambar ketika berada di wilayah Arusha di negara itu , hanya 71 batu dari Gunung Kilimanjaro. Manakala seorang lagi rakannya berkata “Ini sungguh sesuatu yang sangat jarang dilihat. Saya tidak mengira berapa ekor badak air yang ada. Tetapi, saya merasakan ia lebih dari 100 ekor. Kelihatan mereka sangat santai, tenang dan dipenuhi dengan lumpur”.

Di wilayah terpencil di Tanzania, ini merupakan hari yang panas dan tidak hujan. Ketika mereka tiba, mereka melihat kolam kecil ini dipenuhi dengan badak air berkenaan. Hari yang sangat panas dan kolam tersebut satu-satunya kawasan yang mempunyai cukup air untuk mereka menyejukkan badan. Mungkin badak air berkenaan telah berada di dalamnya sepanjang hari.

The animals are often seen submerged in water as they use mud and water to help thermoregulate themselves

Oleh kerana badak air mempunyai rambut atau bulu yang sangat sedikit untuk menutupi tubuh mereka. Mereka menutupi diri dengan lumpur untuk melindungi kulit mereka daripada terbakar dibawah sinar matahari. Lebih menarik lagi, haiwan tersebut bergantung kepada sifat penyejukkan lumpur untuk termoregulasi kerana mereka mempunyai nisbah luas permukaan dan isi padu yang kecil berbanding dengan haiwan lain dengan jisim yang kurang.

Sumber: www.dailymail.co.uk

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa