Siakap Keli

‘Smartphone’ 5G Paling Mampu Milik Di Malaysia, ‘Standby’ Kemunculan ‘Phone’ Baru Huawei Nova 7 Series 19 Jun Ini

Pasti ada diantara kita yang sedang survey-survey handphone di pasaran untuk menukar telefon yang sedang dipakai. Untuk membeli handphone pula, sudah pastinya yang paling terbaru di pasaran menjadi antara shortlisted yang akan dipertimbangkan apabila sudah tiba masanya untuk membeli.

Untuk itu, syarikat gergasi teknologi Huawei ada berita baik untuk anda yang sedang mencari telefon bimbit. Ini kerana, Huawei bakal melancarkan telefon pintar 5G paling mampu milik di Malaysia dengan harga bermula dari RM 1,499 iaitu, Huawei nova series dengan nova 7 yang lebih gempak dan berkuasa.

Ini antara sebab kenapa anda perlu memiliki telefon pintar Huawei nova 7 series!

 HUAWEI AppGallery- Lebih Selamat, Lebih Storan, Lebih Ganjaran

Seperti yang kita ketahui, peranti Iphone mempunyai App Store untuk membolehkan pengguna peranti tersebut memuat naik aplikasi kegemaran mereka. Pun begitu, bagi peranti Huawei pula, HUAWEI AppGallery juga turut setanding dengan App Store. Bukan sahaja itu, Huawei AppGallery ini lebih selamat digunakan kerana telah mendapat pengiktirafan keselamatan terbaik di bawah piawaian CC EAL5 dan pensijilan industri.

Selain dari itu juga, Huawei Cloud ada menyediakan penyimpanan sehingga 50 GB secara percuma selama 12 bulan. Yang paling menarik sekali ialah Huawei AppGallery ini turut beri ganjaran menarik kepada penggunanya yang menggunakan Huawei AppGallery ini ketika mereka memuat turun aplikasi kegemaran mereka. Pengguna boleh menebus ganjaran menarik tersebut serta gift pack di Huawei AppGallery Gift Centre sambil turut memperoleh Huawei Points.

Ini kerana, sekiranya anda suka melayari media sosial, peranti HUAWEI nova 7 series boleh menggunakan HUAWEI AppGallery bagi memuat turun applikasi media sosial antaranya Whatsapp, Facebook, TikTok serta banyak lagi.

Kepada yang gemar untuk membeli barangan secara online, HUAWEI nova 7 series ini juga boleh memuat turun applikasi e-dagang seperti Shopee, Lazada, Caring dan sebagainya dengan mencarinya di HUAWEI AppGallery sahaja.

Untuk kaki game dan gemar menonton video serta drama pula, HUAWEI nova 7 series ini turut mampu menunaikan keinginan anda juga. Dengan melayar HUAWEI AppGallery, applikasi seperti Huawei Video, Viu, Dim Sum dan lain-lain lagi turut boleh didapati.

Jadi, dengan applikasi yang mempunyai lebih 390 juta pengguna di seluruh dunia dan merupakan applikasi ketiga terbesar di dunia, tidak akan ada masalah untuk anda mempersoalkan berkenaan kebolehan HUAWEI nova 7 series ini yang menggunakan HUAWEI AppGallery untuk anda memuat turun applikasi kegemaran anda.

HUAWEI Phone Clone

Dengan HUAWEI Phone Clone yang boleh didapati di Google Play dan App Store ini, kesemua gambar, SMS, video, contact, fail dan segala jenis applikasi daripada telefon lama anda itu boleh dipindahkan ke telefon HUAWEI nova series 7 yang baru anda beli dengan mudah dan pantas.

Dengan kelajuan 1GB per minit, segala gambar, video, contact, fail dan sebagainya boleh dipindahkan menggunakan QR code sahaja tanpa menggunakan talian internet atau data mahupun sebarang wayar. Anda cuma perlu pastikan kedua-dua telefon connect melalui hotspot yang sama sahaja.

Dengan hanya satu scan sahaja, kesemua applikasi kegemaran anda seperti Whatsapp, Twitter, Instagram, Facebook dan sebagainya akan muncul di dalam HUAWEI nova 7 series tersebut. Ciri ini amat memudahkan serta menjimatkan masa kita. Biarpun telefon yang anda beli itu adalah baru, namun applikasi serta barang-barang yang terdapat dalam applikasi itu adalah sama seperti yang ada dalam telefon lama anda.

HUAWEI FindApps

FindApps ini berfungsi sebagai hub untuk membantu pengguna mencari aplikasi yang mereka inginkan dan akan direct pengguna ke sumber yang terdapat di dalam itu untuk memuat turun aplikasi tersebut. FindApps ini mampu untuk mencari aplikasi popular antaranya ialah Facebook, Telegram, WhatsApp, Instagram dan banyak lagi. Ianya akan membantu pengguna dalam mencari aplikasi dengan menggabungkan beberapa sumber atau aplikasi pihak ketiga seperti browser Huawei.

Jika sesuatu applikasi yang anda mahukan itu tidak ditemui di dalam HUAWEI AppGallery, anda tidak perlu risau mahupun panik. Ini kerana, dengan menggunakan FindApps, applikasi yang dimahukan itu pasti akan ditemui. Caranya pula amat mudah sekali. Anda hanya perlu memuat turun applikasi FindApps ini di AppGallery dan kemudiannya cari aplikasi yang anda mahukan itu. Antara aplikasi yang boleh dijumpai di situ adalah Facebook, Telegram, WhatsApp, Instagram dan banyak lagi.

Selain daripada itu juga, anda juga turut boleh memuat turun aplikasi yang diingini menggunakan Huawei Browser atau aplikasi pihak ketiga. Secara ringkasnya, segala jenis aplikasi pasti akan dapat ditemui, dimuat turun dan digunakan di dalam Huawei nova 7 series ini.

Jika anda berasa was-was atau tidak yakin lagi, anda boleh rujuk perbandingan diantara Huawei App Gallery dan Google Play Store di bawah:

Huawei App Gallery Google Play Store
MeeTIME
– Perkongsian skrin yang lebih baik ketika sesi panggilan video
– Pemindahan fail dengan satu sentuhan menggunakan Huawei Share
Google Hangout
– Menggunakan kabel untuk berkongsi fail
Huawei Browser Google Chrome
News & AI Assistant

–       Hanya 1 aplikasi untuk menggantikan 2 aplikasi yang digunakan oleh Google

Google Assistant & Google Play Newsstand
Huawei Email
– Lebih banyak ciri-ciri komprehensif seperti Excel, Gmail, Outlook, Yahoo Mail
Gmail
– Hanya Gmail
Huawei Cloud Storage
– *Percuma ruang storan dan penyimpanan data sehingga 50GB untuk 12 bulan
Google Drive

– Penyimpanan data percuma yang ditawarkan hanya 15 GB

Video App
Huawei Video (* sehingga 3 bulan akses premiun ) dan versi Youtube Web
Video App
Hanya Youtube
Huawei Music Google Play Music
Huawei Reader
– Percuma e-books dan audiobooks termasuk yang dari luar negara
Google Reader
Huawei Welink Google Hangout
Huawei Calendar Google Calendar
Huawei Quick App

– Semuanya disimpan di Huawei Cloud

– Menawarkan pelbagai hadiah dan ganjaran, termasuk ruang penyimpanan Cloud sebanyak 50GB, serta promosi eksklusif untuk ahli-ahli.

Bermain aplikasi permainan dari luar negara

Google PlayStore

– Menggunakan ruang storan dalam telefon pintar anda.

– Tiada ganjaran atau hadiah ditawarkan

– Tiada khidmat Google Playstore di Jepun dan China

Huawei App Gallery

Pensijilan industry dan keselamatan terbaik di bawah piawaian CC EAL5.

 

Pengguna boleh beralih ke wilayah berlainan untuk muat turun aplikasi yang dikhususkan untuk negara tertentu.

 

Contohnya, jika sesebuah aplikasi itu hanya terdapat secara eksklusif sahaja, pengguna boleh memuat turunnya dengan mengubah wilayah itu menjadi China dan memuat turunnya tanpa sebarang masalah.

 

Google Play Protect

 

Tonton video di bawah untuk mengetahui lebih mengenai Huawei AppGallery:

Maklumat lanjut mengenai Huawei AppGallery:

https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/

Selain daripada HUAWEI AppGallery, HUAWEI Siri nova 7 didatangkan dengan tiga variasi warna iaitu Space Silver, Crush Green dan Midsummber Purple. Rekaannya cukup minimal dan sangat ringan. Dengan sokongan pemprosesan Kirin 820 5G, ia disertakan dengan liputan 5G, mutu foto dan kualiti video 4K yang mengkagumkan. Dilengkapi dengan bateri 4000mAh dan 40W HUAWEI SuperCharge, kita dapat mengecas dengan cepat iaitu 70% dalam masa 30 minit. Dengan teknologi 5G yang ada membuatkan telefon bimbit ini menjadi telefon bimbit 5G paling murah dan mampu milik. Yang paling penting, ia disertakan dengan aplikasi MeeTime yang membolehkan kita mengadakan panggilan video dengan mutu yang berkualiti.

Tonton Video di bawah untuk mengetahui lebih tentang Huawei nova 7 Series:

Anda juga boleh klik di bawah untuk mengetahui berkenaan Huawei nova 7 series yang bakal dilancarkan di Malaysia pada 19 Jun ini:

https://shop.huawei.com/my/new-arrivals-jun2020.html?utm_medium=pr&utm_source=Siakapkeli&utm_campaign=new-arrivals-jun2020&utm_content=advertorial_malay

Jadi, nantikan kemunculan Huawei nova 7 series pada 19 Jun ini. Rugi kalau tak sambar cepat-cepat!

Aqmal Ezany

I write what is right