Siakap Keli

TERKINI: Korea Utara Letupkan Pejabat Perhubungan Korea Utara-Selatan

Korea Utara dilaporkan mengebom sebuah pejabat perhubungan antara-Korea di sempadan negaranya pada Selasa (hari ini), sekaligus menimbulkan tekanan kepada seluruh Semenanjung Korea berikutan diplomasi nuklear dengan Amerika Syarikat (US).

Kementerian Penyatuan Seoul berkata, bangunan tersebut yang berada di bandar Kaesong, berhampiran sempadan Korea Utara diserang pada 2.49 petang tadi.

Setakat ini, maklumat lanjut masih dalam siasatan.

Gambar: Agensi

Beberapa keping foto yang sempat dirakam oleh Yonhap News Agency menunjukkan kepulan asap naik ke udara datang dari kebakaran bangunan tersebut.

Menurut agensi itu, sebelum ini kawasan tersebut merupakan sebuah pusat perindustrian yang menempatkan pejabat perhubungan tersebut sebelum ditutup.

Gambar: Agensi

Korea Utara rancang hantar tentera ke zon bebas tentera

Sebelum itu, pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dilaporkan merancang untuk menghantar tenteranya ke beberapa kawasan zon bebas tentera di sempadan negaranya dengan Korea Selatan.

Jeneral Tentera Kebangsaan Korea berkata, keadaan kini sudah mencapai tahap amaran merah dan bertujuan meningkatkan ancaman kepada Korea Selatan agar aktivisnya tidak menghantar risalah ‘Anti-Pyongyang’ melintasi sempadan dengan menggunakan belon.

“Tentera kami mengawasi keadaan semasa di mana hubungan Korea Utara – Korea Selatan yang semakin teruk dan teruk.

“Dan ia akan bersiap-sedia sepenuhnya untuk memberikan jaminan ketenteraan yang pasti terhadap sebarang tindakan luaran yang akan diambil oleh pihak parti dan kerajaan,” katanya memetik laporan Korean Central News Agency (KCNA) menerusi Bloomberg.

Selain itu, Korea Utara tidak menjelaskan secara terperinci kawasan manakah yang dimaksudkannya (untuk hantar tentera), tetapi ia dipercayai merujuk kepada wilayah yang dilucuti-senjata (bebas senjata).

Ia merujuk kepada kawasan berhampiran perkilangan di Kaesong (selatan Korea Utara) dan berdekatan dengan sebuah resort di Gunung Kumgang (barat Korea Utara), merujuk laporan Yonhap.

Bagaimanapun, perancangan itu tidak menghapuskan syarat-syarat yang termaktub dalam Perjanjian Gencatan Senjata 1953 yang dibuat selepas Perang Korea berlalu hingga menyebabkan zon bebas tentera dibuat sejauh empat (4) kilometer (bersamaan 2.5 batu) di sepanjang sempadan kedua-dua negara tersebut.

Sumber: AP, Bloomberg

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.