Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Tiada Kematian Dan 11 Kes Baharu COVID-19 Dilaporkan Hari Ini

Sebanyak 11 kes positif Covid-19 baharu dicatatkan setakat 16 Jun 2020, jam 12 tengah hari.

Menerusi kenyataan media yang dikongsi di akaun Facebook rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan jumlah kes positif yang dicatatkan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia bertambah kepada 8,505 kes.

Daripada jumlah itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 hanya tinggal sebanyak 651 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.

Dalam pada itu, beliau juga turut memaklumkan bahawa, daripada 11 kes baharu yang dilaporkan, satu (1) kes adalah kes import warganegara yang mendapat jangkitan di luar negara.

Daripada 10 kes penularan di dalam negara pula, enam (6) kes adalah bukan warganegara manakala empat (4) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa