Siakap Keli
Gambar Via Google

Terpisah 10 Meter Dari Rakan-Rakan, Pelajar Maut Dibelit Ular Sawa Ketika Mendaki Ke Air Terjun

Seorang pelajar  berusia 16 tahun dilaporkan meninggal dunia kerana dibelit oleh seekor ular sawa sepanjang 7 meter ketika mendaki di Kabupaten Bombana, Sulawesi Tenggara pada Ahad lalu.

Mangsa telah diserang oleh haiwan tersebut semasa dalam perjalanan menuju ke air terjun di gunung Kahar di daerah Rumbia bersama empat orang rakannya.

Menurut Ketua Polis Rumbia, Inspektor Muh Nur Sultan berkata bahawa ular sawa tersebut menyerang apabila mangsa terpisah sekurang-kurangnya 10 meter dari rakan-rakannya.

“Selepas mereka terpisah, rakan-rakan mendengar mangsa menjerit. Apabila mereka menemui mangsa, ular itu dilihat telah menggigit peha dan membelit leher mangsa,” kata Muh Nur kepada Kompas.com.

Tambahnya lagi, dua daripada rakan-rakanya cuba membantu dengan memukul ular sawa itu namun mereka juga diserang dan digigit ular tersebut.

Selepas itu, mereka meminta bantuan daripada penduduk setempat yang membunuh ular sawa tersebut dengan parang. Pun begitu, mangsa telah meninggal dunia saat berjaya dibebaskan dari ular itu.

Sumber: The Jakarta Post

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa