Siakap Keli

(Video) Alat Senaman ‘Bergerak Sendiri’, Polis Temui ‘Sesuatu’ Mungkin Punca Pergerakan Tanpa Henti

Sekumpulan pegawai polis di India dilaporkan telah dikerahkan untuk menyiasat berkenaan peralatan gimnasium yang kononnya  dikatakan digerakkan oleh ‘hantu’.

Mereka kemudiannya mendapati bahawa ianya sebenarnya bergerak dengan sendiri kerana diletakkan terlalu banyak minyak.

Pegawai polis telah digerakkan ke gimnasium di Taman Kashiram di Jhansi, Uttar Pradesh, India, pada 11 Jun.

Pada permulaan klip video tersebut, peralatan itu telah bergerak dengan sendirinya secara laju sambil mengeluarkan bunyi bising.

Pergerakannya menjadi semakin perlahan pada akhir klip dan berhenti mengeluarkan bunyi yang kuat.

Penduduk setempat yang ketakutan telah bertindak melaporkan ‘aktiviti paranormal’ di taman itu susulan ternampak peralatan gimnasium tersebut bergerak dengan sendirinya.

Namun setelah siasatan lanjut dijalankan, polis mendapati bahawa pergerakan tersebut bukanlah dilakukan oleh makhluk ghaib seperti yang didakwa.

Peralatan gim yang bergerak secara sendirinya itu adalah disebabkan oleh pranksters yang meletakkan minyak terlalu banyak pada mekanisma yang mengerakkan peralatan tersebut.

Seorang warga tempatan menyatakan: “Perbuatan tersebut dilakukan oleh individu yang mengenakan minyak kepada bahagian yang mengerakkan alatan itu.

“Dengan sedikit tolakan, mesin itu dapat bergerak tanpa digunakan oleh sesiapa kerana berminyak.”

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa