Sifat ingin tahu dan meneroka perkara baru merupakan sifat semula jadi kanak-kanak yang mula membesar. Pemikiran mereka yang masih polos ini sering melakukan sesuatu di luar jangkaan dan kadang kala mereka melakukan perkara yang merisaukan ibu bapa.
Pasti kita ada membaca ataupun telihat kejadian-kejadian yang membabitkan kanak-kanak, ada yang menjadi bahan jenaka ibu bapa tetapi ada yang menjadi kemalangan serius. Oleh itu, setiap gerakan dan aktiviti anak harus sentiasa diperhatikan dan ibu bapa perlu bersiap sedia dengan kemungkinan bakal terjadi.
Seorang pengguna laman Facebook ada berkongsi kejadian yang menimpa anak beliau dimana bateri jam tangan termasuk di dalam lubang hidung sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital. Ikuti perkongsian beliau.
KEJADIAN 31/5/20
Tak dapat mama dan papa nak lupakan.. Bagaikan mimpi ngeri sahaja. Tetapi apakan day, Allah telah tetapkn takdir begitu buat kakak Aura. .Hanya Allah sahaja tahu bagaimana perasaan mama ketika itu. Sedikit cerita untuk mak-mak dan ayah dekat luar sana.. Berhati-hati dan sila ambik berat. Jika sesuatu begini terjadi dekat anak-anak kecil uolls
30/5/2020
Petang pukul 3 lebih mama tengak kakak tengah asyik korek hidung dengan jari telunjuk. Mama tegur ” kakak jangn corek hidung dengan jari telunjuk nanti besar lubang hidung kakak ”
Kakak teruskan korek tanpa hiraukan mama bagitahu.
Selepas beberapa jam sektar pukul 4 lebih, kakak mengadu sakit hidung. Mama minta nak tengok dia tak kasi. Malah dia teruskan korek dan menangis cakap sakit. Hingus mula keluar belah hidung kiri.
Mama paksa tengok dengan lampu telefon. Tak ada benda apa-apa melainkan hingus dia yang keluar. Mama minta dia buang hingus dalam bilik air. Lepas buang hingus, mama tengk dia ok dan bermain seperti biasa. Mama tak syak apa-apa, mungkn sebab dia korek terlalu dalam. Hanya fikir begitu sahaja.
Dalam dalam pukul 7 lebih dia nampak lain, badan panas dan dia cakap sejuk. Lepas tu hidung dia mula bercampur dengan cecair warna hitam. Mama ingat darah beku mungkin sebab dia korek tadi terlalu dalam.
Pukul 11 lebih semakin banyak cecair warna hitam. Mama cium tak bau apa-apa hanya ingat darah beku lagi
Kakak tak dapat nak tido dan tubuh semakin panas. Mama paksa papa bagi kakak ubat. Setelah itu, kakak dapat tido kejap. Tetapi tidak lena seperti biasa. Hanya tidur-tidur ayam sahaja smpai la pukul 4 pagi baru dia tidur lena sampai ke pagi
31/5/2020
Pukul 7 pagi mama tak sedap hati sebab tengok cecair hitam masih keluar. Mama sapu dengan kain lampin dan cium tapi tak bau apa-apa.
Minta adik lelaki cium, dia cakap bau macam asap rokok. Tapi mama masih tak puas hati dan rasa tak sedap duduk. Terus ajak papa pergi klink swasta. Bila daftar, klink swasta tu tak terima sebab suhu badan kakak dah panas sangat, mungkin sebab dia tahan sakit hidung tu.
Dalam pukul 9 terus mama dan papa bawa kakak pergi Hospital Serdang. Sampai sahaja hospital papa terus bawa kakak pergi dekat kecemasan. Daftar semua terus pergi jumpa doktor. Doktor pun tak pasti benda ape cecair hitam tu, Lepas tu doktor minta nak x-ray. Bila sampai ke bilik x -ray doktor bagitahu ada benda bulat dalam hidung kakak. Benda bulat tu kecil dah duduk dekat dalam dah sebab tu tak nampak. Bila tengok betul-betul doktor bagi tahu benda bulat tu adalah ” BATERI JAM YANG KECIL TU ”
Time ni hanya Allah sahaja tahu macam mana kami berdua. Tanpa sedar air mata mengalir dengan laju.
Mama tak tahu kakak ambik dekat mana bateri jam tu dan sempat sumbat dalam hidung, padahal mama sentiasa perhatikan kakak. Hanya sekelip mata ALLAH nak uji mama tanpa melihat.
Doktor minta nak korek dengan besi dan wayar. Time tu mama tak dapat nak masuk sebab Aril mama bawa. Mama terpaksa tunggu dalam kereta. Kakak hanya bertemankan papa sahaja dan 3 doktor yang paksa pegang kakak untuk korek bateri jam tu. Kakak menangis tanpa henti. Bayangkan kita kena cek covid pun dah skit. Dia kena korek dengan wayar dan besi. Mama hanya mampu berdoa sahaja ketika itu.
Setelah beberapa minit mama call papa. Papa bagitahu dah siap. Batri pun dah keluar. Alhamdulillah syukur sangat rasa time tu. Hanya ALLAH sahaja tahu mcm mane rasa. Papa bagitahu doktor cakap. Bateri jam ni bahaya sikit sebab dia boleh terhakis sebab tu dia keluar cecair warna hitam, dan doktor pesan suruh cuci sehari banyk kali pun tak apa. Antibiotik seminggu kakak kena habiskan.
4/6/2020
Kakak kena apoinment dengan doktor lagi sebab nak tengok ok ke tak.
Bila pergi doktor tengok ada lagi kesan hitam tu. Walaupun mama dan papa cuci dia ada lagi. Mungkin ubat cuci tak kuat sangat. So doktor minta dengan papa nak cuci lagi. Kakak dah mula menangis sebab takut. Dia dah trauma, malam tido pun mimpi tak nak tak nak. Papa pegang kakak kuat-kuat kakak menangis tak henti. Sampai la dia terasa ok mase doktor cuci. Dia berhenti menngis dengan sendiri doktor ni bagi ubat lain lagi. Minta cuci setiap hari lagi dan 11/6 ni minta datang lagi.
11/6/2020
Bila sampai je hospital tadi doktor cek dengan camera. Dia cakap dalam hidung kakak ada lagi bekas kesan bateri. So kena cuci lagi kakak dah nangis lagi. Mama tak dapat nak bayangkan macam mana. Setiap minggu kakak hanya bertemankan papa. Ujian buat kakak. Kakak kena kuat ye. InsyAllah minggu depan kita pergi. Kakak dah ok dan dah sembuh. Sahabat tirah doakan semoga kakak aura cepat sembuh ye.
Jika sesuatu terjadi dekat anak-anak sahabat tirah macam tu tolong cepat bawa pergi hospital. Jika terlambat bahaya.
Masuk manik tak apa lagi.
Sumber: Atirah Alias