Siakap Keli

Dipercayai Leka Bermain Aplikasi Viral, Pelajar Sekolah Maut Terkena Renjatan Elektrik

Masyarakat di Indonesia gempar dengan satu video yang tular tentang seorang pelajar sekolah yang maut akibat renjatan elektrik. Menurut laporan, remaja itu terkena renjatan elektirk semasa bermain aplikasi viral di kediaman di Cibatung, Jawa Barat.

Khabar angin di laman sosial mengatakan, kejadian ini terjadi apabila mangsa cuba mengambil telefon pintarnya yang terjatuh dan tersangkut diantara dua kabel elektrik yang melintang berdekatan balkoni rumahnya. Ketika itu, mangsa sedang sibuk bermain aplikasi itu di balkoni bersama tiga rakannya di tingkat 3 rumah.

Mangsa telah mati di tempat kejadian dengan keadaan tersandar dan tangan masih memegang kabel elektrik.

Banyak gambar dan video mangsa telah dimuat naik oleh penduduk sehingga menjadi tular. Menurut salah seorang penduduk, kejadian itu berlaku kira-kira jam 4 petang waktu tempatan dan ketika dia sampai, rumah pelajar tersebut telah dikerumuni oleh penduduk sekitar.

Polis telah mengesahkan kejadian itu. “Betul, Mangsa ketika kejadian sedang berada di tingkat 3 rumahnya,” Kata ketua polis Cikarang Barat, Akp Deed Wijaya.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Daerah Bekasi. Polis masih menyiasat kes ini untuk mengetahui punca mangsa terkena renjatan elektrik.

Sumber: Liputan6

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.