Siakap Keli
Gambar:BERNAMA

KKM Kenal Pasti Kluster Baharu Iaitu Kluster Mati Di Rumah (MDR) Di Sabah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Datuk Dr Noor Hisham hari ini memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu dikenalpasti iaitu kluster Mati Di Rumah (MDR) di Sabah.

“Kes pertama kluster ini iaitu kes ke-8,403 adalah seorang warga emas yang telah meninggal dunia di rumah pada 12 Jun 2020 akibat komplikasi sakit jantung dan telah dibawa ke jabatan forensik Hospital Queen Elizabeth.

“Saringan Covid-19 telah dijalankan dan beliau didapati positif. Sebelum ini beliau telah mendapat rawatan untuk sakit jantung di Hospital Queen Elizabeth 2.

“Aktiviti saringan kontak rapat telah dijalankan dan didapati 2 kakitangan wad adalah positif Covid-19,” katanya.

Sehingga 17 Jun 2020 jam 12 tengahari, seramai 63 individu termasuk 21 anggota kesihatan, 2 pesakit, 40 ahli keluarga dan rakan – rakan telah dikenalpasti dan disaring.

Tambahnya lagi, langkah pencegahan seperti proses nyahkuman dan nyahcemar tealh dijalankan di semua tempat yang dikenalpasti terdedah termasuk di wad dan di rumah, perkhidmatan Hospital Queen Elizabeth 2 tidak terjejas dan berterusan seperti biasa.

Punca jangkitan kluster ini adalah masih di dalam siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, June 17, 2020

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.