Siakap Keli

Lelaki Kongsi Cara Dengar Lagu Di Youtube Walaupun Skrin Telefon Dikunci

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai yang suka ‘layan’ lagu di Youtube tapi agak tekanan bila buka aplikasi lain mesti lagu akan terhenti. Kalaulah boleh dengar lagu dari Youtube tanpa hentikan aplikasi itu kan best. 

Ya, hari ini SK ingin berkongsi satu tips penting kepada korang semua menerusi kiriman daripada seorang jejaka di laman Twitternya, Myjoe.

Perkongsian menarik ini sangat sesuai kepada pengguna peranti Iphone dan peminat tegar Youtube.

Ini antara cara yang mudah untuk korang ikuti.

1. Exit youtube tapi masih boleh dengar lagu di iPhone. Cara dia macam ni. Open safari > buka youtube.com > click AA (kiri atas).

2. Click Website Settings > click Request Desktop Website > Done Cari lagu yg korang nak dengar > click Play > pergi ke Home Lagu akan pause.

3. Pergi ke Control Centre > Play

Untuk pengetahuan semua, cara ini berkesan untuk pengguna Iphone iOS 13 dan ke atas.

Katanya lagi, harap ia bermanfaat untuk semua. Benda seronok, mestilah kita nak sebarkan untuk kebaikan semua agar lepas ini tidak lagi kecewa kalau terpaksa exit untuk buka aplikasi lain.

Sumber: Myjoe

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang