DELISERDANG – Mayat lelaki dalam keadaan terikat ditemukan di sebuah sungai di bawah Jambatan Sei Mau Buangan, Kabupaten Gunung Meriah, Kabupaten Deliserdang, Sumatera Utara, pada Selasa (16/6/2020).
Mayat tanpa identiti itu ditemui oleh seorang penduduk kampung kira-kira pukul 13.30 petang (Waktu Indonesia Barat).
Dari data yang dikumpulkan, mangsa dianggarkan memiliki ketinggian 168 cm. Mangsa memakai seluar jeans biru dan memakai baju kelabu lengan panjang. Kepala ditutup dengan karung plastik dan diikat dengan tali putih.
Sementara itu tangannya diikat di belakang punggungnya dan kaki kanannya diikat dengan tali nilon putih sepanjang 15 cm.
Pasukan Polis Inafis Deliserdang yang menerima berita itu segera turun ke lokasi penemuan mayat itu.
Hingga kini polis masih menjalankan siasatan berkaitan dengan penemuan mayat mangsa yang disyaki menjadi mangsa pembunuhan.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Deliserdang, Komisioner Muhammad Firdaus menjelaskan bahawa sehingga kini pihaknya tidak mengetahui identiti mangsa.
Kes pembunuhan yang didakwa ini masih dalam siasatan untuk mendedahkan siapa yang melakukannya.
“Kami telah membawa mangsa ke Rumah Sakit Bhayangkara di Medan untuk bedah siasat. Kami belum mengetahui indentiti mangsa,” kata Muhammad Firdaus.
Sumber: Tribunnews.com