Siakap Keli

Senarai Majikan Yang Berjaya Menerima Bayaran Program Subsidi Upah Untuk Semakan Majikan & Pekerja

Walaupun negara mengalami kesukaran dalam membangunkan semula ekonomi yang banyak terjejas akibat pandemik COVID-19, namun kerajaan tetap meneruskan langkah kebajikan kepada rakyat melalui pelbagai saluran bantuan.

Antara inisiatif yang dijalankan kerajaan adalah melalui program Subsidi Upah.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) baru-baru ini menyenaraikan senarai majikan yang berjaya menerima bayaran program Subsidi Upah berkenaan.

Orang awam boleh melihat senarai tersebut melalui pautan https://prihatin.perkeso.gov.my/psu/ ini.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 03-4264 5555 / 03-8091 5100 / 1-300-22-8000 atau e-mel kepada [email protected]

Bantuan Subsidi Upah dilanjutkan tiga bulan

Mengimbas kembali, sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program Subsidi Upah akan dilanjutkan selama tiga bulan lagi dengan subsidi RM600 bagi setiap pekerja untuk semua majikan yang layak.

“Program selama tiga bulan ini telah berjaya menyelamatkan lebih 2.2 juta pekerjaan dapat kita selamatkan.

“Memandangkan ekonomi telah pun dibuka secara berperingkat, subsidi upah ini akan ditetapkan pada kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksimum 200 pekerja bagi setiap syarikat.

“Bagi pekerja sektor pelancongan dan sektor-sektor yang dilarang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), serta telah diarahkan untuk mengambil cuti tanpa gaji, majikan boleh memohon subsidi upah dengan syarat pekerja tersebut menerima bayaran subsidi secara langsung,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri pada 5 Jun lalu.

Baca: Program Subsidi Upah Untuk Bantu Majikan Dilanjutkan Tiga Bulan Lagi

Sumber: PERKESO via Malaysia Government Call Centre

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.