Bila dah berkahwin, gaya hidup dah tak sama dengan zaman bujang. Kalau dahulu boleh keluar bila-bila masa dan pulang ikut suka hati, selepas berkahwin semuanya berubah kerana tanggungjawab menggunung di atas bahu terutamanya bagi suami.
Apapun, tak salah berjumpa rakan-rakan selagi tak mengabaikan keluarga. Waktu bersama rakan juga penting dalam kehidupan sosial kita sebagai escapisme dari tekanan di rumah mahupun tempat kerja.
Baru-baru ini, seorang pemuda, Amirul Al-Hafiz berkongsi paparan skrin perbualannya dengan si isteri ketika dia memberitahu rancangan untuk melepak bersama rakan. Respon ringkas si isteri membuatkan lebih 38.6 ribu netizen terhibur dengan jawapannnya.
“Terima kasih atas permintaan. Permintaan anda sedang diproses.”
Inform my wife member ajak lepak.. 😅 pic.twitter.com/NNv8FxdQVZ
— Amirul Al Hafiz (@amirulalhafiz) June 15, 2020
Netizen turut meninggalkan komen lucu pada kicauan tersebut.
Naik taraf ke akaun Premium VIP
Ada juga yang menyarankan ‘proposal’ dalam bentuk kerja rumah.
Kalau dah lulus jangan lupa laporan
Kena mohon seminggu awal, 7 hari waktu bekerja
Kitalah kawan isteri, hargai mereka
Isteri tengkuk keluarga
Sumber: Amirul Al-Hafiz