Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 10 Kes Baharu Covid-19 Dan Tiada Kematian Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa, sebanyak 10 kes positif Covid-19 baru yang dilaporkan sehingga 17 Jun 2020, jam 12 tengah hari.

Pertambahan kes yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 8,515 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 hanya tinggal sebanyak 521 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Turut dimaklumkan juga, tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara pada hari ini.

Selain daripada itu, daripada 10 kes penularan dalam negara, 3 kes adalah bukan warganegara manakala 7 kes lagi adalah di kalangan warganegara.

Sehingga kini, seramai 4 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi. Pun begitu, tiada kes yang dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau juga turut memaklumkan bahawa, tiada kes kematian yang dicatatkan pada hari ini. Justeru daripada itu, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia kekal sebanyak 121 kes.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa