Siakap Keli

Tiga Kategori Pesakit COVID-19, Kenali Mana Satu Yang Boleh Menjangkiti Orang Lain

Kira-kira 85% pesakit COVID-19 di Malaysia adalah tidak bergejala. Apakah tahap perbezaan risiko jangkitan antara pesakit tidak bergejala dan pesakit bergejala?

Sebelum itu, mari kita fahami istilah-istilah ini:
1. Tidak bergejala (Asymtomatic): individu yang dijangkiti tetapi tidak akan menunjukkan simptom (gejala)
2. Pra-Simptom (Pre-Symtomatic): Individu yang dijangkiti tetapi belum menunjukkan simptom (gejala)
3. Bergejala (Symptomatic): Individu yang dijangkiti dan menunjukkan gejala

Individu yang tidak bergejala tidak akan menjangkiti orang lain SEKIRANYA tidak menunjukkan gejala selama 14 hari. Ini kerana longgokan virus atau viral Load (VL) adalah rendah atau bahasa lebih mudah virus ini tidak banyak sekaligus tidak mampu menjangkiti orang lain.

Namun, tidak bermakna orang tidak bergejala tidak mampu menjangkiti orang lain. Seseorang yang tidak bergejala mampu menjangkiti orang lain kira-kira 3 hari (atau 2.3 hari) sebelum hari pertama bergejala.

Jangkitan paling aktif berlaku adalah sehari (atau 0.7 hari) sebelum hari pertama mula bergejala. Inilah dikategorikan pesakit pra-simptom atau Pra-Symptomatic.

Sila rujuk kepada graf yang dibuat berdasarkan hasil kajian baharu di China. Hari 0 ialah hari mula bergejala. Pada 2.3 hari sebelum hari pertama mula bergejala, jangkitan mula berlaku kepada orang lain dan pada 0.7 hari sebelum bergejala adalah jangkitan paling aktif berlaku.

Kemampuan virus berjangkit semakin menurun dalam masa 7 hari selepas hari pertama bergejala. Selepas 10 hari pesakit tidak boleh menjangkiti orang lain dan selepas 14 hari, virus itu telah mati.

Mengambil kira hasil kajian ini, KKM akan discaj pesakit selepas 14 hari dirawat walaupun masih positif seperti yang diamalkan di China, Korea Selatan, Singapura dan Jerman. Namun pesakit itu perlu kuarantinkan diri selama 14 hari di rumah. Maksud kuarantin ini adalah tidak boleh berhubung rapat dengan orang lain dan tidak boleh keluar rumah)

Bagaimana 14 hari ini dikira?
1. Tidak bergejala ( Asymtomatic) : Kiraan bermula hari pertama dikesan positif COVID-19
2. Bergejala (Symtomatic) : Kiraan bermula hari pertama pesakit bergejala

-Admin-

Kira-kira 85% pesakit COVID-19 di Malaysia adalah tidak bergejala. Apakah tahap perbezaan risiko jangkitan antara…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, June 16, 2020

Sumber: KKM

Adnin Razak

Tukang tulis untuk rakyat jelata.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.