(Video) Budak Menangis Lihat Ibu Dalam Kesakitan Lepas Lahirkan Adik Baru Buatnya

Dalam diri setiap anak, tidak kira anak lelaki mahupun anak perempuan. Pastinya seorang ibu mendapat tempat yang istimewa dalam hati mereka. Jika ada sesuatu yang tidak kena, ibulah orang pertama yang dicari.

Dalam satu video tular dalam laman Facebook South China Morning Post, menunjukkan video seorang anak lelaki yang mengalirkan air mata ketika melihat ibunya selepas ibunya selamat melahirkan seorang adik buatnya.

Walaupun dia gembira mendapat seorang adik baru, tetapi ibunya tetap orang yang pertama dalam hidupnya.

Setelah ibu dan adik barunya keluar daripada bilik bersalin, seluruh ahli keluarga melihat bayi yang baru lahir itu. Tetapi, dia terus berlari kepada ibunya dan menangis sebaik melihat keadaan ibunya. Sehingga dia bertanya kepada ibunya, adakah dia berasa sakit.

Caring boy rushes to mum's side after she gives birth

This little boy in China may have a new younger sister, but his mother is still his number one priority.

Posted by South China Morning Post on Monday, June 15, 2020

Video berkenaan menyentuh hati ramai orang yang melihatnya. Mereka mengatakan, pasti ibunya bangga mempunyai anak yang prin sepertinya. Yang lain berkata, “Dia akan membesar dan menjadi lelaki yang bertanggungjawab”.

Sumber: South China Morning Post

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa