Siakap Keli
Gambar: APMM

(Video) Detik-Detik Bot Nelayan Asing Dihambat APMM, Tembakan Amaran Turut Dilepaskan

Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan bot nelayan asing dipercayai dari Vietnam yang cuba memasuki sempadan perairan Malaysia.

Ketika kapal peronda luar persisir APMM KM Langkawi melakukan pengawasan di persempadanan perairan negara di Laut China Selatan, mereka telah berjaya mengesan kehadiran sekumpulan bot nelayan asing dipercayai dari Vietnam cuba memasuki sempadan perairan Malaysia sekitar 4 batu nautika daripada titik garis sempadan Zon Ekonomi Eksklusif negara.

Susulan daripada itu, KM Langkawi terus menukar haluan untuk melakukan tinjauan. Dalam pada itu, aset udara Bombardier CL415 APMM yang juga dalam misi rondaan sekitar Laut China Selatan turut dikoordinasikan ke kawasan sekitar 138.3 batu nautika dari Kuala Terengganu untuk melakukan tinjauan udara.

Menyedari aset laut dan udara APMM tiba, kumpulan penceroboh tersebut telah berpatah balik ke perairan asal mereka dan salah satu daripadanya dikejar untuk dihentikan sehingga kru KM Langkawi terpaksa melepaskan tembakan amaran ke udara kerana degil.

Akhirnya, bot nelayan terbabit akur dan berhenti untuk diperiksa sebelum mereka diganggu oleh sebuah Kapal Perikanan Vietnam KN 261 yang bertindak biadap memasuki 4.5 batu nautika dari titik sempadan ZEE Malaysia untuk mengganggu tugas dan cuba berunding agar bot nelayan mereka dilepaskan.

Kedua-kedua bot dari negara Vietnam itu akhirnya akur dan keluar daripada perairan negara sambil diberi amaran keras daripada pihak APMM.

Malaysia ketika ini masih lagi berpegang kepada dasar pengusiran terhadap penceroboh sama ada bot membawa migran / PATI mahupun nelayan asing di mana mereka berisiko tinggi mendatangkan kluster baharu covid-19.

Sumber: APMM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa