Siakap Keli
Kredit: Careta

(Video) Detik Kereta Dipercayai Tiba-Tiba Himpit Penunggang Motosikal Hingga Terlambung Atas Jalan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kadangkala, kita sudah berhati-hati pun tidak menjamin keselamatan di jalan raya. Berapa banyak kemalangan berlaku akibat kecuaian orang lain seperti pemandu mabuk, pemandu yang memandu laju dan sebagainya.

Dalam video dikongsikan Careta, sebuah kereta dipercayai jenis Persona dilihat menghimpit seorang penunggang motosikal, membuatkan mangsa terjatuh ke atas jalan. Tindakannya itu membuatkan penunggang nyaris dilanggar kenderaan lain yang berada di lorong tengah.

Berdasarkan video berdurasi 0.17 saat di lokasi dan masa yang tidak dimaklumkan itu, seorang penunggang motosikal cuba mencelah antara dua kereta di jalan tersebut. Secara tiba-tiba, kereta berwarna kelabu menghimpit penunggang motosikal, mengakibatkannya terjatuh di hadapan sebuah kereta lain sebelum terpelanting ke bahu jalan bersama motosikalnya.

Malangnya, pemandu yang menghimpit penunggang tersebut meneruskan pemanduan seolah tiada apa yang berlaku manakala hanya pemilik kereta merah berhenti di tepi jalan.

Status penunggang motosikal dan keberadaan pemandu dipercayai Persona tidak dapat diketahui setakat ini.

Sumber: Careta

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.