Siakap Keli

(Video) Penduduk Taman Langat Naikan Kain Rentang, Tanda Penghargaan Buat Semua ”Frontliner”

Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama di Banting, Selangor telah disahkan tamat semalam.

Maka dengan itu, penduduk di kedua-dua kawasan perumahan tersebut bersepakat menzahirkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan (frontliner) yang bertugas di situ melalui sehelai kain rentang.

Kain rentang panjang tersebut tertera tulisan di atasnya ‘Terima kasih kepada semua petugas PKP Pentadbiran Taman Langat Murni & Taman Langat Utama’.

Gambar: Facebook

Difahamkan, sebagai tanda penghargaan, para penduduk mengekspresikan rasa terima kasih mereka menerusi ucapan yang ditulis di sepanjang kain rentang tersebut sebagai tanda penghargaan.

Gambar: Facebook
Gambar: Facebook

Memetik perkongsian di halaman Facebook Rakyat Sokong Angkatan Tentera Malaysia, ‘acara’ perpisahan akhir itu turut melibatkan Majlis Keselamatan Negeri Selangor, Pejabat Daerah Tanah Kuala Langat dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat.

Selain itu, ia juga melibatkan pihak polis, tentera, RELA, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Perbandaran Kuala Langat, Jabatan Imigresen serta Jabatan Bomba & Penyelamat.

Gambar: Facebook
Gambar: Facebook

Sementara itu, halaman Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Polis) juga turut berkongsi satu video berkenaan acara perpisahan tersebut.

Mengimbas kembali, PKP Pentadbiran yang dikuatkuasakan sejak 2 Jun lalu di kedua-dua penempatan berkenaan tamat pada pukul 11 pagi semalam.

Ia dilaksanakan berikutan wujudnya kes positif COVID-19 membabitkan 20 pekerja pembersihan warga asing yang menginap di kawasan tersebut.

Sebelum itu, kira-kira 4,697 penduduk telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang dijalankan oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Hasil saringan mendapati, daripada angka penduduk tersebut, jumlah individu yang disahkan positif kekal sembilan orang, melibatkan tujuh warganegara tempatan manakala dua lagi warga Nepal dan Thailand.

Masing-masing warga asing tersebut kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh, memetik laporan BERNAMA.

Antara ucapan penghargaan yang diberikan. Gambar: Facebook
Antara ucapan penghargaan yang diberikan. Gambar: Facebook
Antara ucapan penghargaan yang diberikan. Gambar: Facebook
Antara ucapan penghargaan yang diberikan. Gambar: Facebook

 

Sumber: Rakyat Sokong Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Polis), BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.