Siakap Keli
covid-19 malaysia luar negara
Kredit: Google

45 Hari Koma Di Hospital UK Akibat COVID-19, Anak Malaysia Disahkan Sembuh & Dibenarkan Pulang

Seorang anak Malaysia yang telah 15 tahun berkhidmat di sebuah hospital di UK, Southend Hospital disahkan sembuh setelah koma akibat COVID-19.

Felix Khor, 68 dirawat selama 45 hari di unit rawatan rapi (ICU) hospital yang sama di mana dia telah diberikan bantuan pernafasan.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke wad lain selama beberapa minggu, menjadikan tempoh rawatan selama 75 hari.

Felix dimasukkan ke hospital pada awal April dan dibenarkan keluar pada Isnin lalu.

Seramai kira-kira 200 staf berbaris di koridor utama hospital untuk memberikan tepukan kepadanya ketika dibenarkan discaj dari unit ICU.

Kata Felix, dia bersyukur dengan sokongan dan keprihatinan orang di sekelilingnya.

“Saya tak pernah sedar ramai yang prihatin terhadap saya,” katanya menambah doa dan ingatan orang ramai membuatkan dia terus cekal untuk pulih.

Biarpun diberitahu pesakit yang diintubasi selama dua minggu kehilangan 40 peratus otot, Felix tetap bertekad untuk berjalan kembali.

Felix mula bertugas di Hospital Southend pada 2005 sebagai salah seorang ahli pasukan latihan pemulihan.

Sumber: BBC

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.