Siakap Keli

Ada Yang Ingat Beli ‘Sticker’, Ibu Gigih Deko Bilik Anak, Hiasi Dinding Dengan Mural Kapal Terbang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bilik tidur adalah tempat yang paling selesa untuk kita beristirehat bagi melepaskan segala lelah. Tambahan pula, kita boleh melakukan apa sahaja aktiviti di dalam bilik tidur tanpa diganggu. Jadi disebabkan itu, keselesaan bilik tidur adalah sangat diutamakan.

Melalui satu perkongsian di laman facebook milik Naquia Esir, ibu kepada tiga orang anak ini berkongsi proses sepanjang dia mendeko bilik salah seorang anak lelakinya supaya kelihatan cantik. Ibu ini telah memilih tema kapal terbang kerana anak lelakinya yang terlalu obses dengan kapal terbang.

Tidak sia-sia usaha yang dilakukannya kerana hasil akhir sungguh sempurna. Sehingga ada yang menyangka dia membeli stiker kapal terbang yang siap di kedai-kedai.

Alhamdulillah, akhirnya, siap pon kapal terbang ibu!!

Gigih tak gigih seorang ibu nak deko bilik anak punya pasal kan 😂 ni baru 30% ja ni dari bayangan keseluruhan deko tema kapal terbang untuk si kecik Wafiq tu.

Mountain mural ☑️
Mural Kapal terbang sepanjang 3 kaki ☑️

Lepas ni flooring, perabot, frame gambar, dan beberapa lagi benda untuk melengkapkan deko bilik.

Since ibu buat sendiri semua ni, slow and steady jelah ya. Siapkan cat accent wall semua dinding bilik, baru ibu proceed langkah seterusnya 😆

Scroll gambar last tengok reaksi sikecik tu 🤩

Kalau nak tengok proses dari awal, Quia dah save semua dalam Highlight Instagram @terangi.casa ok 💕

Naquia Esir
#diybynaquiaesir

Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata 'INSPIRATION'
Macam biasa, Pinterest tempat cari gali inspirasi.
Tiada penerangan foto disediakan.
Langkah pertama lakar dulu. Quia lakar separuh kapal terbang di kertas lukisan anak. Ni takde tekap-tekap ya. Separuh jelah sebab mana nak cari kertas lebar 3 kaki tu. Setakat nak buat bilik anak sorang ni, guna apa yang ada sahaja.
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang
Berbekalkan lakaran kapal terbang separuh tu, tekap lah di dinding. Time ni banyak adjust juga sebab nak bagi seimbang cockpit dengan segala jenis wings yang ada.
Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata 'ON GOING Naquia Esir'

Ni antara lakaran yg boleh diterima selepas betulkan beberapa bahagian.

Tiada penerangan foto disediakan.
Quia selotape semua bahagian takut jari jemari tak berapa lembut nak cat semua bahagian yg halus-halus tu.
Imej mungkin mengandungi: kapal terbang
Siap cat!
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang

Selepas tarik selotape, semua bahagian sisi kemaskan dengan pen marker artline.

Imej mungkin mengandungi: kapal terbang, teks yang berkata 'END RESULT Naquia Esir'
Alhamdulillah, siap juga. Ni 100% kerja tangan ya. Bukan sticker 😅 Ada yg tanya dekat instagram dekat mana beli sticker kapal terbang ni.
Tiada penerangan foto disediakan.

Airplane mural + Mountain mural view 😍

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks yang berkata 'END RESULT Naquia Esir'
Happy Boy Happy Ibu ❤️❤️

Sumber: Naquia Esir

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa