Siakap Keli
Foto: Facebook Que Sera Sera

Berdebu Sampai Tumbuh Cendawan, Wanita Terkejut Tengok Keadaan Rumah Selepas Ditinggal Lama Masa PKP

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Macam tongkang pecah,” itulah perumpamaan sebuah rumah yang ditinggal selama tiga bulan selepas akibat Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh Perdana Menteri.

Pemilik rumha ini terkejut apabila mendapati rumah mereka dalam keadaan yang sangat teruk dan berbau busuk. Bukan itu sahaja, dinding-dinding rumah tersebut habis merekah seperti corak sempadan negara.

Perkongsian ini daripada Facebook Que Sera Sera atau lebih dikenali sebagai Sarah tentang tugasan ‘make over’ rumahnya yang ditinggalkan sejak tiga bula sewaktu PKP.

So 91 hari tanpa cinta… Macamni…

12 Mac 2020 aku balik kampung.  Nawaitunya nak balik sekejap je. Sebab banyak hal nak diselesaikn dalam cuti sekolah tersebut. Yelah, cuti sekolahjelah leh buat macam2 kan. Maka balik kampung pun aku bawak balik baju untuk 2, 3 hari jela. Aku tak tahula pula yang dari 2, 3 hari rupanya bertukar menjadi 3 bulan.

“Jadi, ini ‘kenangan make over’ yang rumah kami dapat dalam 3 bulan tu. Dah macam ala-ala rumah halloween ni… “

Punca efek macam rumah halloween ni semuanya bermula dengan tangki bocor. So kalau nak sesekali rasa rumah redup-redup ala macam kat bangunan2 vintage kat Ipoh tu, leh la korang rosakkan tangki pastu biar rumah 3 bulan. Tak perlu lama2. 3 bulan cukup nice dah. Atas tu bukan obor obor tau.

Surprise tak? Bak kata Erik sambil tepuk tangan. Memang i rasa surprise sangat tau. Ahaks. Sebab aku expect hanya ada debu debu cinta je, tapi rupanya aku dapat ‘make over’ yang lebih extra!

Kami tak minta pun ‘make over’ ni, tapi dah dapat tu, bersyukur dan redho jela.  Rehat 3 bulan kan, jadi dapatlah sedikit ‘habuan’. Yang bestnya, aku berjaya tangkap gambar ada ‘benda’ yang tak diundang. Yela, tinggal rumah lebih kurang 3 bulan kan. ‘benda’ tu mesti mai punya.

Dulu dia memang suka singgah pun. Kacau kacau aku. Nak nak bila ak ‘terpaksa’ masak waktu malam. (definisi masak disini merujuk pada masak megi).

Ni la peta untuk yang lagi 200 negara yang ramai tak tahu tu.

Ni kalau dalam majalah Mastika, aku kena berdiri bawah tu sambil angkat jari telunjuk and tunjuk kat siling atas sambil caption ‘sinila’ dia’ lalu’.

Dalam hal ni, ‘Dia’ tu merujuk pada air tangki yang meleleh tu.

Almari aku cirit birit. Pastikan makan jamu yang ada pengesahan KKM.

Aku baru tahu dinding aku ni berkebolehan tanam cendawan enoki. Pasni senangla aku nak buat cendawan goreng.

Aku mungkin kena pakai set PPE lengkap untuk bersihkan peti ais yang dah jadi keranda makanan ni. Tengok mr kokroch tu. Drama sangat tau. takde la teruk sangat peti ais aku ni sampai dia nak kena heart attack kat situ.

Mungkin 7 jenis air aku kena samak freezer aku ni pastu mungkin dengan aku aku kena mandi bunga sekali. Bau dia memang pekat kalah kepekatan air dalgona…

Bedak-bedak organic ni. Bagus ni bah. Kalau ada sesapa nak buat IG review leh PM tepi eh. Kusyen aku suma nek kulat.

Sekarang aku faham perasaan pekerja shopping mall yang ada barang-barang kulat tu and pekerja wayang, sebab aku pernah tengok kerusi panggung wayang berkulat kan. Takpe la. Stay positif macam kucing kat kotak tisu tu

Ni lah BENDA YANG AKU BERJAYA TANGKAP GAMBAR TU.

Comel kan mereka. Tahik mereka pun comel bertempiaran di sana sini di lantai, beraneka bentuk dan warna. Siapa dia ni?? Aku tak belaaa diaaaa!!

Kalau tngok dari jauh memang nampak len macam benda alah ni. Aku harap takde siapa datang turun nombor kat sini.

So, aku nasihat siap siap nih, kalau tak kuat, jangan tengok pic yang no 10 tu tau. Gambar yang nombor 11 tu aku akan biarkan imaginasi korang yang tentukan. Aku tak nak tegur benda tu.

Datang waktu siang, rumahni taklah nampak horror sangat compare masa datang waktu malam. Cumanya datang waktu siangni realiti nak mengemas tu je nampak horror.

Anyway, pemakaian aku ni munkin nampak over nau tapi jujurnya aku rasa lebih berkeyakinan untuk membilas rumah aku yang macam terkandas kat kawasan chernobil ni.

Sebelum aku pakai baju yang macam suit PPE ni, aku pakai dulu baju fit n sluar tights kat dalam supaya aku rasa selesa nak buat kerja.
Tapi ikut masing-masing lah, kalau kau rasa selesa pakai baju kelawar nak buat kerja2 ni, ikut kau lah.

Jadi ni sedikit coretan tentang apa kami buat tadi:

1. Pertama sekali settlekan keranda makanan dulu.

Aku mulakan dengan peti ais kecik yang mr kockroch kejung tu dulu. Bau dia macam bau ketiak lipas campur umbun umbun kera. Kuat memang kuat tapi terima kasih pada pemakaian mask dan kerimbunan bulu-bulu hidung aku maka bau dia aku boleh tahan lagi la.

Part yang paling best adalah bila ko pegang makanan lepastu rasa squishy pastu bonus ko angkat dapat set bendalir dan bau lain pula muncul.

Climax pencucian peti ais kecik adalah nak buang air yang bertakung kat bawah sekali tu. Kod warna dia antara warna koko selut paya dengan warna muntah hijau lumut lumut gitu.

Pastu ko nak kena seluk tangan kat dalam tu pastu angkut buang pula makanan2 yang dah takde rupa tu pula. Ni bukan level squishy lagi, aku siap imagine ada benda gigit jari aku lagi masa selamkan tangan aku time tu.

Time ni bau dia level lain hadir. Tapi jujurnya, bau yang aku dapat masa cuci peti ais kecik tu tetap takleh lawan bau yang aku hidu masa cuci freezer besar.

Masa aku jenguk masuk dalam freezer besar tu nak keluarkan barang, ya ampun. Dia punya busuk tu buatkan ko flashback balik weh kenangan2 pahit di masa lalu. Setiap 4 saat aku kena keluar dan hidu udara lain kat luar.

Korang tahu apa yang bestnya time selama masa 4 saat aku cuba ambil udara kat luar tu?

Aku dapat pula bau tahi kucing. Tapi.. Bau taik kucing tu pun aku leh handle lagi nak compare dengan bau freezer aku ni. Bau macam bangkai binatang yang mereput tapi ada tengik tengik hapak loya. Boleh high weh..

Eh.. Masa taip ni pun aku macam dok terbau bau freezer aku tu. 

Okaylah.. Cukuplah pasal keranda makanan aku. Kang tak pasal pasal aku mimpi ngeri sebab kena kejar dengan peti ais. Bayangkan mimpi kena kejar peti ais sambil lari pegang garfu.

2. Kedua aku settlekan taik taik kucing dan kencing kucing kat bahagian dapur aku tu.

Aku tak pastila adakah diorang buat pesta berak sapa paling banyak dan cair ke apa tapi yang pasti bau dia level lain pula kat situ hahaha

Berkat bela kucing masa duduk dengan opah aku dulu, so part ni aku kemas dengan bongkak jela.haha.. Sebab aku dah biasa dengan bau taik kucing and kencing dia…sebab tu kalau caruts pun aku sebut taik kucing haha

Siapa tengah makan jangan tengok gambar pesta TK (teikkucin) tu.

3. Lepas dah settlekan dua isu besar tu barula tenang cuci lantai dapur, cuci bilik air, cuci lantai bahagian yang runtuh tu.

Jadi hanya bilik tidur yang ada almari aku yang cirit birit tu je tak dikemas lagi sebab aku nak kena cari orang boleh ambil perabot. Jadi untuk sesi kedua baru aku leh fokus bilik diarrhea tu.

Bantal suma nek kulat dan bilik tu pun bau macam bilik ternak cendawan tiram dah.

Selain dinding aku yang mampu ternak cendawan enoki, baru aku tahu almari aku pulak mampu ternak cendawan busut. Bolehlah buat mushroom soup pulak.

Jadi tulah sedikit sebanyak aktiviti aku hari ni. Aku lupa nak bagitau, masa dok ngemas-ngemas tu kan, aku rasa ‘benda’ tu dok tengok je aku. Cek gambar nombo 6, ade penampakkan apa apa tak?

Aku bersyukur walaupun rumah aku teruk tapi aku baca orang lain punya ada lagi teruk. Tapi apapun keangkeran rumah masing-masing, tentunya ia akan jadi kenangan sempena PKP 2020 ni.

 

Sumber: Sarah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.