Siakap Keli
Gambar: Bernama

COVID-19: Enam Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu perkongsian di akaun Twitter rasminya telah mengeluarkan maklumat berkenaan negeri yang mencatatkan pertambahan kes setakat 18 Jun 2020, jam 12 tengah hari.

Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan oleh KKM, terdapat enam negeri yang mencatatkan pertambahan kes baharu pada hari ini.

Antara negeri-negeri yang melaporkan pertambahan kes positif Covid-19 baharu pada hari ini ialah Perak, Selangor, W.P Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak.

Menerusi maklumat tersebut, Perak mencatatkan pertambahan 1 kes, Selangor 2 kes, W.P Kuala Lumpur 4 kes, Johor sebanyak 2 kes, Sabah 1 kes manakala Sarawak pula sebanyak 4 kes.

Kesemua 14 kes yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 8,529 kes.

Pun begitu, daripada 14 kes positif baharu yang dicatatkan, hanya 4 kes sahaja yang melibatkan warganegara manakala 7 lagi kes positif bukan dalam kalangan warganegara.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa