Siakap Keli

COVID-19: “Tidak Terkejut, Ia Memang Dijangka,”, Turki Catat 1,429 Kes Baharu Dalam Tempoh 24 jam

Turki mencatatkan sebanyak 1,429 kes jangkitan COVID-19 baharu dalam masa 24 jam terakhir, menjadikan angka keseluruhan kes di negara itu berjumlah 182,727 kes.

Bagaimanapun, menteri kesihatannya, Fahrettin Koca berkata, angka itu tidak mengejutkan malah ianya seperti yang diramalkan.

“Tidak terkejut. Kami berada pada kadar seperti yang dijangka.

“Pilihan untuk (angka kes) ini tidak melebihi had ada di tangan anda.

“Ia bergantung kepada anda jika tidak mahu memakai topeng muka dan mengamalkan penjarakan fizikal,” tegasnya dalam satu kenyataan, memetik laporan ABC.

Difahamkan, anggaran kenaikan kes harian sebelum ini adalah sekitar 800 ke 900 sehari, namun kini sudah melonjak ke 1,400 ke 1,500 sehari.

Walaupun kadar kenaikan kes harian semakin tinggi termasuk 4,681 kematian, namun Turki setakat ini belum lagi merancang untuk melaksanakan arahan kuarantin kendiri di rumah.

Negara itu hanya mewajibkan rakyatnya memakai topeng pelitup muka dan ia telah dikuatkuasakan di separuh daripada 81 wilayah keseluruhannya.

Sumber: ABC

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.