Siakap Keli

“Lama-Lama Anak Sembang Sorang-Sorang,” Peguam Kongsi Mesej Anak Minta Nafkah Dari Bapa Buat Ramai Sedih

Pelbagai ragam dan kisah-kisah kehidupan dapat dilihat di laman-laman sosial. Bukan hanya sekadar perkongsian, kisah-kisah tersebut juga dapat dijadikan sebagai pengajaran untuk warganet.

Menerusi satu perkongsian yang tular baru-baru ini, seorang peguam ada berkongsikan mengenai satu kes tunggakan nafkah anak yang sedang dikendalinya.

Menerusi satu perkongsian yang dikongsi oleh Suriati Ab Ghani Official melalui akaun Facebooknya, nafkah yang tertunggak itu dikatakan adalah dalam tempoh yang agak lama iaitu selama 10 tahun.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Masih di office menyiapkan hujah kes tunggakan nafkah anak, sebulan RM5++, selama 10 tahun perintah nafkah anak ayah abaikan.

Boleh kira lah berapa yang tertunggak, daripada anak masih kecil sampai dah pandai whatsApp sendiri sembang dengan ayah, awal-awal masih lagi layan anak tu, janji nak masukkan duit belanja untuk anak.

Lama-lama anak sembang sorang-sorang, sedih pulak baca.

Warganet yang membaca sebahagian perbualan diantara bapa dan anak ini juga turut menzahirkan kesedihan mereka di ruangan komen:

Sumber: Suriati Ab Ghani Official

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa