Siakap Keli

Pasrah, Ikan Arwana Emas Jagaan Digoreng Oleh Bapa, Dipercayai Kerana Malas Untuk Menjaganya

Siapa yang tidak berasa sedih ketika haiwan peliharaan yang dijaga selama ini telah tiada. Setiap individu pasti mempunyai haiwan periharaan masing-masing.

Seperti kisah seorang lelaki yang berasal daripada Sukoharjo, Jawa Tengah ini mengatakan telah pasrah selepas ikan arwana kesayangannya digoreng oleh ayahnya dimaklumkan padanya.

Lelaki ini mengatakan bahawa dia telah membeli ikan arwana tersebut pada empat tahun yang lalu. Kemudian telah membawa ikannya ke Solo dari Cikarang pada dua tahun lepas. Lelaki ini tidak pernah menyangka bahawa ayahnya telah menggoreng ikan arwana miliknya yang terkenal dengan harga sangat mahal.

Apa yang mengejutkan lelaki ini, apabila ayahnya memberikan alasan mengapa dia menggoreng ikan arwana tersebut kerana sudah malas untuk menjaganya seperti yang sering dilakukan sebelumnya.

Lelaki ini meluahkan rasa sedih selepas ikan arwana yang menemaninya selama empat tahun, telah digoreng oleh ayahnya. Tambahan pula, lelaki ini memberitahu bahawa ikan arwana miliknya adalah arwana jenis emas.

Lelaki ini memberitahu satu ikan arwana harganya mencecah Rp 800,000 (RM 241). Namun, itu harga pada empat tahun yang lalu. Kini, harganya mencecah sehingga Rp 2 Juta (RM 600) seekor.

Dia memberitahu mengapa dia membawa ikan arwana itu pulang kerumah orang tuanya kerana akuarium miliknya tidak muat untuk menampung arwana tersebut. Malah lelaki ini sendiri tidak menyangka perkara sebaliknya yang telah berlaku.

Lelaki ini berasa sangat kecewa, kerana dalam ahli keluarganya hanya ayahnya sahaja yang makan ikan arwana emas yang telah digoreng itu.

Sumber : www.tribunnews.com

 

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa