Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Pecah Amanah RM2.6 Juta, Bekas Eksekutif Akaun Di Yayasan Milik Muhyiddin Yassin Akan Didakwa Hari Ini

Kuala Lumpur: Seorang bekas eksekutif akaun di Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) milik Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa ahli keluarganya akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok atas kesalahan pecah amanah melibatkan kerugian RM2.6 juta.

Menurut senarai mahkamah, kes itu akan didengar di hadapan Hakim-Hakim Hasbullah Adam, Sabariah Othman dan Ahmad Kamal Arifin Ismail pada 9 pagi esok.

Mereka dijangka berdepan 155 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Wanita itu telah meletak jawatan sebagai eksekutif akaun di yayasan amal tersebut pada 23 Jan 2019 sebaik sahaja audit dalaman dijalankan.

Audit tersebut mendapati suspek telah melakukan beberapa perbuatan pecah amanah dan pengambilan aset tunai tanpa kebenaran ahli lembaga pemegang amanah.

Kes itu kemudian dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.