Siakap Keli

Pertama Kali Lepak Bersama Sejak ‘Lockdown’, 15 Sahabat Di Amerika Dilapor Dijangkiti COVID-19

15 orang sahabat yang keluar untuk bertemu buat kali pertama pada 6 Jun sejak ‘lockdown’ dilaksanakan di Amerika Syarikat di sebuah bar dilapor dijangkiti COVID-19.

Menurut salah seorang mangsa yang tinggal di Florida, dia mula menunjukan simptom-simptom kira-kira 3 hari selepas bertemu. Ujian saringan yang dibuat kemudian menunjukan positif virus berkenaan.

14 orang rakannya dilapor turut mempunyai simptom-simptom dengan 10 orang sudah disahkan positif manakala 4 lagi amsih menunggu keputusan ujian.

Sebuah laporan portal berita tempatan turut mendedahkan bahawa beberapa orang pengunjung bar yang lain turut diuji positif dan bar tersebut kini ditutup semula untuk tujuan sanitasi.

Malah, 7 daripada 49 staf bar berkenaan juga diuji positif COVID-19.

Sekurang-kurangnya 6 buah bar di Florida sudah diarahkan tutup sebelum ini untuk tujuan mengekang penyebaran COVID-19.

Florida adalah salah satu daripada 22 negeri di Amerika Syarikat yang menunjukkan peningkatan kes positif yang mendadak.

Sumber: Metro UK

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.